Rabu, 7 Januari 2009

Roti Pita

Jeles tengok Fiza buat roti pita ni semalam. Tekak ni dh tak sabo-sabo nk makan. Nk g beli kat pasar malam, tp hati ni teringin nk buat sendiri. Dan inilah hasilnya. Thanks Fiza kerana memberi idea nk masak apa untuk minum petang hari ni. (dan sekaligus membanyakkan pengumpulan lemak kat badan, ha,ha,ha....)





Bahan-bahan (Roti Pita)
>250 g tepung roti1
>1/2 camca teh instant yeast
>1/2 camca teh garam
>1/4 camca teh gula halus
>145 ml air
>15 g lemak sayur (shortening)

Cara-cara
1.Gaul tepung dengan yis, garam dan gula hingga rata.
2.Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh.
3.Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal dan lembut.
4.Bulat2kan doh, tutup dengan plastik cling dan biar 1 jam hingga doh naik.
5.Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, uli sekejap dan rehatkan 5 minit.
6.Bagi doh pada 5 bahagian yang sama besar.
7.Bulat2kan setiap bahagian.
8.Ambil satu dan canai nipis lebih kurang 3mm membentuk bulat atau pun bujur.
9.Alih ke dalam dulang pembakar dan buat hingga siap.
10.Biar ia naik selama 30 minit.
11.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 220C selama 5 - 6 minit atau hingga roti kelihatan mengelembung.
12.Jangan bakar terlalu lama, nanti roti pecah dan sukar untuk menghasilkan poket
13.Keluarkan dan dan sejukkan atas jaringan.
14.Roti akan lembut bila sejuk. Kerat dua dan isikan poket roti dengan bahan2 inti.
15.Hidangkan.
Intinya aku marinade isi ayam, kemudian grill. Cincang kecil-kecil mcm kat pasar malam tu. Kemudian letak sos cili, mayonis dan black pepper sos. Em...yummmy!!


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...