Rabu, 31 Disember 2008

Makan Malam Hari Ini

Hubby aku asyik balik petang jer, jadi sebelah tengaharinya aku tak masak. Untuk anak2 aku masak jer apa yang diorang suka makan-speggeti, nugget, burger dll.
Untuk malam ni, aku masak ala2 kat kedai tomyam tuh, siakap masam manis, daging paprik, sambal belacan dan sup daging....



Ni paprik daging. Kacang panjang tu berkat usaha aku bercucuk tanam kat belakang umah. Banyak pulak berbuah kali ni.


Ni Siakap Masam Manis. Ikan siakap ni hubby aku g memancing kat kolam bayar di sentul. Bersungut masa dia dapat tangkap ikan ni... "huh, ikan kecik' beratnya hampir 2 kilo. Dia tak puas hati sebab selalu tangkap ikan yang besar2, dalam 3 kilo ke atas. Selama ni dia slalu memancing kat Port Kelang (kolam bayar sea lion) Belagak ler tu!!

Sambal belacan...menu wajib ada. Kalo takde memang tak "kik". Ulam kacang botol (pun hasil dr belakang umah)


Hidangan malam ni. Sup daging tu tinggal sikit jer (tengahari tadi buat, makan dengan mee)

5 ulasan:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Adduuusss! Noorma, aku betul2 tercabar nafsu setiap kali menyinggah ke blog kau nih!!! Dah ngam sangat2 dengan selera aku nih. Istimewa sungguh masakan ambang tahun baru ko kali nih. huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

Ala Lan, masakan biasa jer tu..ko tahu la kan, laki aku, kalo takde tiga empat jenis lauk, dia mulalah tarik muka. Sib baik ler aku ni surirumah sepenuh masa....

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

siapa kata ko sekadar suri rumah sepenuh masa, ko juga blogger tegar sepenuh masa. hahahaha... bila nak reunion bebudak media nih. Kalu pakat gi berkelah okey gak, then jangan lupa ko promo kan skit masakan special ko tuh! kan..kan..

Marie berkata...

sambal belacan tu yg paling menarik sgt2..sedapnya!! yummeh!! kak noorma, doakan la sy ni dpt jd terror masak mcm hana n kak noorma jugak..terkedek2 lagi ni..hehe :p

Tanpa Nama berkata...

Lan,,agaknya reunion party tu awal bulan 2 kot, memandangkan yg lain pun sibuk bulan 1 ni, chinese new year pun korang sume perambat balik kg, tinggal aku jer sorang kat KL ni (hu,,hu,,hu,,takde kampung). Nanti kita wat western style, nasi2 lauk pauk melayu takde yer (inipun sekadar nk memenuhi permintaan ko, nk makan pasta dan segala menatang yang terpapar kat blog ku ni) Yang lain pun setuju. Kira orait ler tu, apa2 nanti aku inform kat ko. Eh, bawak ler ahli baru :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...