Khamis, 4 Disember 2008

Nasi Lemak

Hari ni dr pagi sampai ke petang asyik hujan jer, so apa lagi yang seronok untuk dibuat...tido lah....uh..inilah untungnya jadi surirumah, dapat tido, tengok tv sesuka ati.
Dan untuk makan malam.... Nasi Lemak.. aku buat sambal kerang dan ayam goreng jer....anak2 memang tak makan sambal. sebab tu gorengkan ayam untuk diaorang
Bahan-bahan
(untuk nasi)
-beras
-santan
-bawang merah-ditumbuk
-halia-ditumbuk
-kulit kayu manis
-bunga cengkih
-bunga lawang
-daun pandan-disiat dan simpul
-garam secukup rasa
Cara-cara
1. Beras dibasuh macam biasa.
2.Dalam periuk, masukkan sume bahan-bahan lain dan masak nasi macam biasa.
3.Siap

Bahan untuk sambal kerang
-isi kerang
-bwang merah
-cili kering kisar
-asam jawa
-garam, perasa
-minyak masak
-serbuk belacan

Cara-cara
1. Tumis bawang merah dan masukkan cili kering, tumis lagi sampai cili masak dan pecah minyak.
2.Masukkan air asam jawa, serbuk belacan, garam dan perasa
3.Biar mendidih dan bolehlah dimasukkan kerang.
4.Kacau dan bolehlah diangkat

Nasi lemak dihidangkan bersama timun, ikan bilis goreng,kacang tanah goreng, telur mata kerbau dan lain-lain.

2 corat coret:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Kalau goreng ayam kampung, alahai ... membangkitkan nafsu. Teringat nasi lemak warung rindu Pantai Dalam.

Noorma berkata...

Ish..ko ni..ayam kampung tak keras ker? aku takleh makan ayam kampung, sbb aku ni bela ayam kampung kat belakang umah ni.Diberi makan pun kat tangan.Kesian la plak kalau nk sembelih.Tapi kalau orang tak cakap benda tu ayam kg, aku belasah jer...
Aku plak, suka makan nasi lemak kat Taman Tenaga Cheras..mmm...sedap!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...