Rabu, 17 Disember 2008

Stim Strawberry Cheese Cake

Projek petang ni... teringin sangat nk makan cheese kek tp nk ada strawberi sama...ni kes jeles tengok strawberi Hana hari tuh. Akhirnya, jadilah strawberry cheese kek ni.

Bahan-bahan
>1/2 cawan gula
>1/2 cawan butter-dicairkan
>1 cawan tepung kek
>1 biji telur
>150 gm cream cheese-dibiarkan pada suhu bilik
>100ml strawberry yogurt
>4 sudu besar susu pekat manis
>1 sudu teh ovallet
>beberapa titik esen vanila
>beberapa titik pewarna merah (jika suka)
>1 sudu kecil strawberry emulco
>buah strawberry kering-dicincang (jika suka)

Cara-cara
1.Pukul gula dan telur hingga kembang
2.Masukkan esen vanilla, strawberry emulco, dan yogurt. Putar lagi
3.Masukkan susu pekat manis, cream cheese, ovallet, kacau hingga kembang.
4.Bila bahan-bahan dah kembang, masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang seli dengan butter yang dicairkan tadi. Kalau suka masukkan pewarna merah dan buah strawberry cincang
5.Masukkan dalam acuan yang dialas kertas minyak
6.Kukus selama 40 minit atau hingga masak




4 corat coret:

kakchik berkata...

tak pernah makan lagi cheese cake strawberry ni sebab tak reti buat kek. makan je tau. tadi nampak strawberry kat pasar, nak beli tak jadi, skrg nmpk yg noorma punya alahai beso2nya... geram pulak, nyesal tak beli

Noorma berkata...

Kak chik, saya ni suka jugak strawberry, tapi kat sini sumenyer masam, teringin jugak nk merasa yang manis,,kek ni resepi ciptaan saya sendiri sebab teringin nk makan cheese kek rasa strawberry

Rafizah Nordin berkata...

ish selalunye cheese cake yg plain je.abih2 pun letak oreo cookies tu.ni letak strawberi lak.emp ok tak?cheese tu dah masam,stoberi tu dpt yg masam ke manis?noorma,ceritalah hasil rasanya.

Noorma berkata...

Fiza, kita buat ok jer, tak plak masam, tp kalo nk lagi sedap, letak strawberi yang kering tu (sbb benda tu manis, kita pernah beli kat cameron dulu)...tp yang ni oklah..lemak2 manis jer rasanya,,tak masam pun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...