Ahad, 14 Disember 2008

Apple Puff

Akhirnya, dapat jugak aku beli pastri puff jenama kawan ni..selama ni dia tak nk 'kawan' ngan aku rupanya. Selalu jugak ronda2 kat supermarket, tp tak pernah berjumpa. Kat tesco & jusco memang takde, ni pun jumpa kat Giant, masa g beli kulit popia. Saiznya pun kecik jer, ada 10 keping kat dalam tu.

Kalau kat Yen Bakery tu, dia jual satu roll besar, harga plak rm 15.00. Mak aiiii..banyak beno, memang tak terabish.... kalo untuk buat party boleh ler beli.

Ok...projek pertama dengan kulit pastri ni. Apple Puff Sedapnya, sampai si kecik ni dapat makan sikit jer, mintak lagi dh takde, takpe esok mama buat lagi yer. Lepas ni boleh la beli pastri dr Yen Bakery tu plak.

Bahan-bahan
>pastri puff
>apple merah-dibuang kulit dan dipotong dadu
>gula perang
>serbuk kulit kayu manis
>sedikit butter
>kuning telur-untuk disapu di atas pastri

Cara-cara
1.Epal,gula perang & butter dimasukkan dalam periuk. Tambah sedikit air dan masak hingga epal lembut. Sejukkan sebentar.
2.Ambil sekeping pastri puff dan letakkan inti epal tadi diatasnya. Sapukan kuning telur di bahagian tepi dan lipat dua.
3.Tekan dengan garfu dibahagian tepi puff (agar puff tidak terbuka masa bakar nanti)
4.Sapukan dengan telur untuk mendapatkan puff yang cantik dan berkilat
2.Bakar dalam suhu 180C selama 25-30 minit.






10 corat coret:

kakchik berkata...

Calitlah Noorma! Nampak macam yang dijual kat bakeri je... Eiii... geram je tengok, dah lah kakchik tak sempat makan tengahari ni.

Hasrina Baharum berkata...

Salam, boleh masak utk aku sekali?
Hahaha!

noorma berkata...

Kak Chik- skang ni zaman gawat, tambah plak anak2 suka makan, beli satu sorang bukannya cukup, nk tak nk kena buat kat rumah jugak. Mujur jugak ada kengkawan kat myresipi dan blog2 yang sudi kongsi resepi

Hasrina- ala seri, ko datang jer umah aku, gerenti aku jamu ko dengan makanan2 lazat, he,he,he

Rafizah Nordin berkata...

noorma,kalau kite wat ciken pie & apple pie kan...mesti dia ternganga bile dah masak.apsal eh?padahal sy dah tekan tepi2nye dgn garfu siap dpn belakang lagi.awak wat camne puff tu tak terngange?mgknkah suhu oven tinggi yg buat dia terngange?

noorma berkata...

Fiza, sebelum tutup pie tu, sapukan kuning telur pada bahagian tepi pastri puff tu, kemudian tutup dan tekan dengan garfu. Insyaalah..ok kot..sbb kita wat mcm tu ler...tp kalo ternganga pun apa kisah..kita sendiri & anak branak jugak nk makan. bukannya nk bagi Erra Fazira / Pak Lah makan..he,he.he....

cikmar berkata...

laa ..ada jual ke pastri dia tu..lawanya..tak penah jumpe pun...suke epal pie gak

Noorma Ismail berkata...

cikMar..mmg ada, jenama Kawan, harga lebih kurang 4.00-5.00 (tgk pasaraya ler.) dalam tu ada 10 keping.. mmg berbaloi membelinya.. kalo buat sendiri pun boleh, tp kena beli pastri margerin

cikmar berkata...

o i see..lum nk kwn lagi kot dgn kte...td carik kt billion takde..yg ade roti canai ke prata tu...huwaaa...bila nak jumpa ni..

Noorma Ismail berkata...

CikMar-bungkusan dia segiempat tepat, warna belang2 biru dan merah.. bukanlah sebesar bungkusan roti paratha tu..ni kecik jer.. slalu letak sebelah yis basah..

cikmar berkata...

yay2 dah jumpa kt tesco...harga die 3.75..kecik je bungkusan dia kan..mcm popia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...