Isnin, 2 Mei 2011

Bihun Soto Ayam

Salam.... ada orang tak?? Ke cuti lagi?? Meh jamu selera dengan bihun soto ayam kat rumah kita. Dah boring la makan nasik. Sesekali menu diet la plak...hehehe...diet ke?? Boleh laaaa..... Daripada mee, baiklah bihun sebab bihun paling rendah karbohidratnya iaitu dalam 10gm sepinggan.


Resipi amik dari blog Kak Ina KL. Copy paste jer.. TQ akak .. sedap !!!

Bahan-bahan
1 ekor ayam, dipotong 8
50gm rempah soto
Air secukupnya untuk merebus ayam dan buat sup
10 biji bawang merah
8 biji bawang putih
3cm halia, dihiris halus
2 batang serai-titik hujung
1inci lengkuas
5 biji buah keras

Bahan tumis
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
10 biji lada hitam
1 camca teh lada putih
4 biji bawang merah-di hiris

Bahan tabur
Taugeh, dicelur sedikit
bihun secukupnya
Suhun, digoreng
Kacang tanah, digoreng
Daun sup & daun bawang, dihiris halus
Bawang goreng
Sambal kicap (* Goreng cili api bersama 1 biji bawang putih (20 biji). Tumbuk atau kisar cilipadi, tuangkan kicap manis secukupnya, perahkan jus limau kasturi)

Cara-cara
1. Tumis bahan penumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau bersama serai.
2. Masukkan pula bahan kisar dan rempah soto dan biarkan sebentar sambil di kacau.
3. Masukkan ayam dan air secukupnya dan rebus sehingga 10-20 minit,
4. Perasakan dengan garam dan keluarkan ayam. Setelah ayam masak, keluarkan dan toskan.
5. Goreng ayam sekejap dan biarkan sejuk. (kalau tak nak pun tak per)
Siat-siat isi ayam dan ketepikan.
6. Tulang-tulang boleh dimasukkan semula ke dalam kuah sup kepada yg suka.
7. Hidangkan bersama bihun, pergedil daging, taugeh, suhun goreng, kacang goreng, bawang goreng, hirisan daun sup & daun bawang dan sambal kicap.



Ok..sampai sini dulu... nk layan Merong Mahawangsa plak :)

3 ulasan:

HaSue berkata...

nak jugak menu diet akak,nmpk menyelerakan..10g 1 pinggan..kalo terrrmkn berpinggan,sape nk jwb tu kak?haha..tp lom insaf sepenuhnya lg nih..byk godaan mknn kalo balik kmpung nih..hikhik

Mas berkata...

sedappnya soto...
peberet mas gak tu....
nak semangkuk kak..cili letak lebih tau..he..he..

cik cek berkata...

Fav menu kak cek ni....hirup kuahnya je pun tak pe....sedapnya....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...