Jumaat, 1 April 2011

Popia Pisang

Selamat Petang.

Kali ni buat popia pisang. Dah lama tak buat pun. Sesekali makan pisang, boleh kan Artkins. hehehe...

Kebetulan adik si Jebat plak datang. So dapat la merasa.... ermm...budak tu mmg takde perasaan. Sume leh bedal...hentam sajalah labu !!!  tambah plak bila dh lapar, sume benda licin... alahai Eddie !!!

Kali ni aku guna pisang berangan. Sedap laaa...dh masak ranum.


 Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan ( 4 biji popia )
* 2 biji pisang berangan -dibelah 2 dan dikerat 2 (jadi 4 bahagian)
* kelapa parut secukupnya (digaul sedikit dengan garam)
* gula perang
* kepingan badam (sukati nk letak ke idak) kacang tanah, gajus pun boleh... tp kali ni x letak
* 4 keping kulit popia (saiz besar)
* sedikit kuning telur-dipukul
* minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Ambil sekeping kulit popia
2. letakkan pisang tadi (2 kerat)
3. letakkan juga gula perang, kelapa parut dan kepingan badam.
4. gulung seperti biasa
5. Dihujung kulit popia, sapukan telur untuk melekatkan kulit popia itu.
6. Goreng dengan api yang perlahan hingga kekuningan
7. Siap untuk dihidangkan....

Kata orang, sedap jugak makan ngan eskrem. Entah laa...aku tak pernah cuba lagi.


8 ulasan:

Mas berkata...

betul tu..makan ngan aiskrim lagi sedappp kak...

Anna Qawina berkata...

aku ada pisang..nak wat tp kelap atakde, ok tak tak boh? msg kat pon aku..hahah

Anna Qawina berkata...

kelapa...* heee

anymz berkata...

dulu2 selalu blogger masak2 buat popia pisang ni.tapi akak belum pernah try lagi sedap tak norma?.

Chempaka Aziz berkata...

kreatif ...tak yah ler ko ikut sangat apa ke benda alah tu artkins? ...mkn je.asal kan berpada2.sdpa...aku gasa mat gebu pn tk tpkir nk buat cam ko ni...

Sheery Dream Cakes berkata...

Diana x perna lg makan popia pisang... nmpk menarik ler resipi nie.. nnt mesti try... daughter tgk pun ckp suruh diana cuba... suka sgt resipi nie... TQ akak

Cendana Kasih berkata...

Mas- akak nk cuba jugak, belum sempat ambik eskrem dh licin popia tu..

Ana-kalo takde kelapa parut, letak kelapa kering pun bleh, mcm haku buat tu... (biasalah kan, kelapa parut kat kawasan rumah aku ni cepat sold out)

Kak Anim- sedap lah kak, rasa manis2 pisang, lemak2...rangup.. fuh..tak dapat dibayangkan...hehehe

Chempaka- takleh lawan chef popular tu.. :D

Diana- yer, kena cuba bila anak dh suruh...hehehe...

Herbalife Coach Fatin Syahirah berkata...

nak try buat jugak lah nanti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...