Petang tadi kami sekeluarga ke Wet Land Putrajaya untuk mengeluarkan peluh, membakar kalori. Pegi main badminton sambil2 tangkap gambar. Release tension sikit. Cian kat budak2 ni, dikala orang lain sibuk balik kampung, kami ni tak kemana pun.
Budak2 ni mmg tak pandai main badminton. Setakat pukul pun tak kena. Hampeh jer.. last2, mak bapak diorang yang main.. huru hara taman ni.. (sib baik takde orang...) hahaha
Setelah penat beriadah, perut pun lapar. Apa lagi... ke Cyberjaya ler. Menjamu selera dengan makanan Arab.
Inilah dia SABA RESTOREN yang menyajikan makanan Arab. Mmg terkenal restoren ni.
Kali pertama mencuba makanan Arab hati sudah terpikat, sehinggakan kami mengenepikan Nasi Biryani Gam Johor mahupun Nasi Minyak Hujan Panas di Bistro Mamak. Huhh... mmg sedap dan tiada tandingannya.
Boleh dikatakan setiap minggu kami akan menjamu selera dengan nasi Arab ni. Dan menu yang biasa dipesan tentulah Nasi Kabsah.
Nasi Kabsah |
Hari ini nak mencuba Nasi Mandhi plak. Nasinya tetap sama dengan Nasi Kabsah, tp resipi ayamnya lain sikit. Errmm...memang ada kelainannya. Terasa rempah-rempah yang diperap pada ayam ni. Kemudian dibakar.
Ok... dah kenyang makan, layan Maharaja Lawak plak. Selamat Malam semua kengkawan !!!
2 ulasan:
mana gambor ko main badmintonnya..nak tengok kehura-haraannya :)
abis...kalo aku yg main, sapa plak nak tangkap gambar.. si Farisya tak pandai pegang kamera baru tu, tu ler aku nk beli kamera ringan kat dia..macam ko punyer tu, terpikat aku.
Catat Ulasan