Selasa, 12 April 2011

Crazy Easy Muffin

Skang ni tengah ujan lebat. Kilat, guruh, petir sume lengkap.. cadangnya kami nk keluar lepak2 kat kedai mamak sambil minum teh tarik...tp hasrat terpaksa ditangguhkan hingga hujan berhenti.

Boring tak tau nk buat apa, so rodek2 kat Myresipi, jumpa la satu respi muffin yang mudah dan ringkas ni. Takyah kuar mixer pun. Cuma gaul bahan2 kering dengan yang basah


Thanks to Aludra (Myresipi) . Aku cuma letak dry stoberi jer..(sbb dah takde mende lain dah...)

Bahan-bahan ( 9-12 biji )
* 220 gram tepung naik sendiri
* 1/2 cawan gula caster
* 3/4 cawan susu segar
* 1/4 cawan minyak masak
* 1 sudu kecil perasa vanilla
* 150 gram bahan perasa tambahan (e.g. Pisang hancur, white chocolate, frozen rasberry, blackberry, kelapa kering, grated apple)
* 1 biji telur dipukul sedikit

Cara-cara
1. Satukan tepung dgn gula dan kacau sebati.
2. Satukan bahan basah (minyak, telur, susu dan perasa vanilla). Kacau sebati.
3. Masukkan perasa tambahan kegemaran anda. Saya buat perasa white chocolate dgn blackberry. Jadi, saya masukkan coklat dan hias dgn blackberry.
4. Gaul sebati, tak payah lama, asal sekata. Masukkan dalam mangkuk muffin dan bakar pada 180 selama 15-20 minit atau hingga keperangan/coklat.




Opss....hujan dh reda tu...OK...BYE SUME !!!  ambik sorang satu yer...jangan berebut...hahaha

2 corat coret:

Mas berkata...

amboiii...cantiknya mapin..
meh seketoi...he..he..

Puteri Salju berkata...

simple blog..

singgah lalu n follow.. jenguk2 blog sy juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...