Ahad, 17 April 2011

Apam Polkadot Inti Durian

السلام عليكم

Pagi-pagi lagi dah bersiap sedia dengan projek apam polkadot ni. Terpengaruh dari rancangan WHI beberapa hari lepas. Semalam dh suruh Jebat beli kelapa parut, untuk dibuat inti. Kali ini intinya dicampur durian. Wallah..bestnyer..

Kali ni buat dalam acuan lompang. Memang la kiut miut jer saiznya...tapi alahai...BENCINTA betul nak mengabiskannya. Huh..sapa yang suka buat dalam acuan lompang tu..mmg sabar tahap gaban la korang..aku salute sungguh. Namun, bagi aku yang tak suka kerja remeh-temeh ni, baik la buat saiz besar. Masuk mulut pun puas...hahaha....

Sekali lagi ditepek resipi yang sama. Dari cikgu Hana. Dalam majalah Jelita pun ada. TQ Hana. Kali ni mmg ikut petua dari Hana, gunakan api perlahan. Dan hasilnya...takde satupun yang macam kerang tersengih ataupun mekar setaman.

Bahan-bahan
* 3 biji telur - dari peti sejuk
* 275 gm tepung gandum
* 220 gm gula halus
* 150gm susu segar / susu cair / susu full cream / santan
* 3 sudu teh baking powder
* 1 sudu kecil ovallete
* Inti secukupnya (kali ni aku guna inti kelapa durian)
* Pewarna ikut suka

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Picitkan inti secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana jer...

Aku buat 3 warna jer, merah, kuning dan purple.


Seandainya ada tetamu yang datang bertandang hari ini...tak perlulah nk fikir panjang nk jamu apa.. ada apam ni pun dh cukup !!!!  tapi sapa nk datang ek???? perasan tol aku ni.....

4 corat coret:

Naz berkata...

Assallamualaikum Noorma..
Wow.. Spam inti durian.. Nak rasa sikit noorma..

CT Delima berkata...

A'salam noorma... sukanya tgk apam polkadot ni. sana sini dah buat. comel2 pulak tu. tapi yg bestnya ada perasa durian mesti sedap :)

Siti berkata...

nk tgk tekstur dlm dia bole tak..nak tau apam ni mcm mana yg sebenarnya...penah buat tp not nice..tq

Diana @ Melley Mey berkata...

Assalamualaikum akak..
cute sungguh apam tu yer akak... tergoda tau.. pasti sedap kan akak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...