Selasa, 26 April 2011

Sambal Tempe Bersayur

Sebenarnya aku tak tau nama menu ni, tapi dah selalu buat. Campuran tempe, suun, pucuk dan sayur. Ada rasa lemak-lemak dan pedas. Belajar ngan sedara Jebat jugak, dan tiap kali kenduri mesti ada lauk ni. Ada sesiapa tau nama lauk ni????


Bahan sayur
-kacang panjang, dipotong
-pucuk*
-suun* (bahan * direndam dulu hingga kembang)
-karot –dipotong mancis – ni aku tak letak, sbb takde stok
-tempe- dipotong kecil, dan goreng dulu
-tauhu- dipotong dadu kecil, digoreng
-kentang-dipotong kecil, digoreng

Bahan ditumbuk
Halia
Lengkuas
Udang kering

Dimayang halus
Bwang merah
Bawang putih
Cili hijau, cili merah

Bahan lain
Cili kisar
Sedikit santan pekat
Garam, perasa


Cara-cara
Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi. Kemudian, masukkan bahan yang ditumbuk. Gaul rata dan biar sekejap.
Masukkan semua bahan- sayur
Masukkan santan. Boleh tambah air jika nampak kering. Gaul rata. Masukkan cili yang dipotong. Tambah garam dan perasa. Biar kering sedikit dan angkat



Best makan ngan nasi panas !!!

UPDATE: dh dapat nama sebenar...SAMBAL JAWA

6 corat coret:

izahdaut berkata...

bukan sambal jawa ke kak namanya.. entah.belasah je.tapi memang suke sayur masak gini.

Cendana Kasih berkata...

ooo...sambal jawa ek?? layan jer la..janji sodap :)

cik cek berkata...

Salam Cendana Kasih....

Kak cek suka sgt sayur masak cam gini...boleh ratah macam tu je...sedapnya....

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

baru nak jwb.. dah ada yg jwb.. hehehe.. betullah tu sambal jawa sbb kalau belah2 johor time kenduri mesti ada lauk ni... even kat kg akak felda kat pahang pun ramai yg hidang lauk ni sbb kebanyan org kat felda semua dah bercampur dari mcm2 negeri.. so tak kira org johor atau org dari negeri mana kalau kenduri sambal jawa ni mmg popularlah kat sana... akak memang suka lauk gini.. best!

Mas berkata...

akak..dapat kat mas, habis semangkuk mas ratah...
sedapp tu...

bobhandburry berkata...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...