Selasa, 19 April 2011

Nasi Goreng Daging Dendeng

Suka makan nasi goreng tak???

Hari ni aku tak masak nasi berlauk, Cuma masak nasi goreng jer. Senang kerja kan.... dapat rehat, baring-baring sambil tengok tv. Oh..indahnya dunia..hahaha...

Ni sebenarnya nasi goreng biasa jer.. cara menggorengnya pun senang jer. Tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian campur sikit sambal belacan. Tambah udang kering yang ditumbuk. Kacau lagi... dan pecahkan telur ke dalamnya. Lepas tu masukkan nasi. Kacau dan tambah garam dan perasa. Siap



Nasi goreng ni takde sayur sebab anak-anak tak suka makan sayur. Kalau letak sekalipun, akhirnya sayur itu akan ke tong sampah jua akhirnya. Jadi, lebih baik tak payah letak. Hati tak sakit, dan sayur pun tak membazir.

Ada kalanya, bila tekak teringin nk makan nasi goreng bersayur ni, aku akan asingkan nasi tu, untuk anak-anak keluarkan separuh, dan separuh lagi baru dimasukkan sayur. Tapi kerja yang sungguh leceh laaa....


Dan untuk my Jebat, ada la telur goreng mata. Letak plak daging dendeng.

Kat rumah aku ni, memang selalu ada stok daging dendeng. Sekali buat sekilo daging. Jebatku suka meratah. Katanya di bulan puasa nanti, wajib ada lauk daging dendeng ni untuk dimakan waktu bersahur.


Selamat bersantap untuk anak-anakku. Jangan banyak komplen yer..petang nanti mama masak special !!!

7 corat coret:

Mas berkata...

akak...nak sepinggan...
telur mata lembu tu 2 biji...muahaha

cik cek berkata...

Nasi goreng....confirm tak tolak...fav kak cek ni...

~~zAnAfAhMi~~ berkata...

budak2 susah betol nak mkn sayur kan? sama dgn anak akak, masak mesti kena asing utk dia...leceh la..

bobhandburry berkata...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

anymz berkata...

issh..mlm2 masuk sini nampak pulak nasi goreng tetiba je rasa lapar..
ni takleh jadi nih...

Sari Yusa Ibrahim berkata...

ptg ni nak masak special ya... urmmm, nt sy ting tong eh... nak berkenalanlah katakan... kih3

bobhandburry berkata...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...