Rabu, 27 April 2011

Serimuka Durian

Petang ini menjamu selera dengan kuih serimuka durian. Rupa takde, tapi rasa meletops !!!! bagi sapa yang suka durian, mesti cuba kuih ni.


Selalunya kalo buat serimuka, kepalanya mesti tebal, dan pulutnya sikit pun takpe..sbb budak2 ni suka makan yang manis tu lebih daripada pulut. Dan satu lagi, kepala tu takleh keras, kena lembik2 sikit...

Disalin dr blog Izah Muffin Lover

Bahan-bahan Lapisan Bawah
250g beras pulut - rendam 1jam dan toskan
1/2 sk garam
170ml santan cair
Daun pandan simpul
1/2sk gula -

Cara-cara
Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar.

Bahan-bahan Lapisan Atas
150g isi durian
125g gula
3 biji telur
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat
secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati . Ketepikan.
Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk
Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih. Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.

7 corat coret:

dwaty berkata...

SEDAPNYA... BOLEH BATAL PUASA AKU KALAU TENUNG LAMA2....

nabilah_2908 berkata...

mmm...sedapnya....!! :)

sy pernh try buat seri muka pandan punya...tp tk bape menjadi..more kuat sngt bau hanyir telur tu...kat mana eh silap nya..?

jom ke APA KATA HATI pulak ;
BLOG REVIEW:BRIGHT OR DARK

Mas berkata...

akak..sedapppkan serimuka doyan ni..
mas pun suka.....

izahdaut berkata...

tu dia..
sedap ni.. mmg ngam rasa duriannya tu

MaMa AiNi berkata...

sedapnya !!! anta sikit kat rumah mama bole?...slm kenal dari mama

inahar ali berkata...

huwaaaaaaaaaaaa...tangkap nangis akak tgk serimuka deroyan nih..meleleh ayaq liuq beb!! waduh..sure kempunan nih..huhuu!

Diana @ Melley Mey berkata...

diana pun nak nangis gak... uwaaaa.... bila ker tiba musim durian kat sini nie.. huhuu... dah lama ngidam nak makan nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...