Rabu, 20 April 2011

Kuih Bom Labu

Salam...untuk minum petang hari ini, aku buatkan kuih bom untuk keluarga. Selalunya aku gunakan ubi keledek, tp kali ni guna labu plak. Mencuba sesuatu yang baru..

Resipi sendiri...kuih bom ni tak meletup bila digoreng, sbbnya bukan diperbuat daripada tepung pulut

Bahan-bahan
* 1/2 kg labu
* 3/4 cawan tepung gandum
* 1/4 cawan tepung ubi
* Sedikit garam
* Inti kelapa secukupnya
* bijan secukupnya

Cara-cara
1. Bersihkan labu, buang kulitnya dan kukus hingga empuk
2. Lenyek sampai halus
3. Biarkan sejuk sebentar, kemudian masukkan tepung gandum dan tpung ubi.
4. Uli hingga rata (boleh adjust tepung kalo terlembik)
5. Ambil sedikit, leperkan dan letak inti kelapa. Tutup kemas dan bulatkan.
6. Golek atas bijan. Kepal2 sedikit agar bijan melekat pada kuih
7. Goreng hingga keemasan.

Macam biasa, inti kelapanya letak durian. Lagi sedap lah !!!


Jom minum petang !!!

5 corat coret:

I'm Cida berkata...

bila wat kuih bom ni, mesti meletup2..nape yer...

http://denuanza.blogspot.com/

Naz berkata...

Assallamualaikum Noorma,
Uih.. Cam sedap jer kuih ni.. Alamak.. Air liur den nak meleleh dah ni...

laskar pelangi berkata...

waduiii! sedapnyaaa...terliurnya.. nak jugak boleh?

Sheila Shafeareen berkata...

Salam dah tahu sdp kuih bom labu ni ..comel2 je...x tertahan negok labu dan inti dlm tu...

Mas berkata...

akak..nak kuih bom 4....
lama dah mas tak makan kuih bom..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...