Khamis, 28 April 2011

Masak Lemak Ikan Daun Kesum Bunga Kantan

Salam.. hari ni buat masak lemak, tp style aku, sbb guna bunga kantan dan daun kesum. Hasilnya, gulai lebih harum dan wangi. Dilawankan dengan sambal belacan dan telur masin pun dh cukup.


Bahan-Bahan
1 ekor ikan merah
1 biji santan
5 biji bawang merah*
10 biji cili padi*
2sm lengkuas*
2sm halia* (bahan2 * dikisar halus)
2 batang serai (dititk)
2 keping asam keping
1 cekak daun kesum
1 batang bunga kantan
Garam secukup rasa
Timun- kalo suka

Cara Memasak

1. Masukkan Bahan kisar dan santan ke dalam periuk.
2. Kacau rata dan masukkan asam keping.
3. Masukkan serai,daun kesum, bunga kantan dan biarkan mendidih.
4. Akhir sekali masukkan ikan dan timun, biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
6. Angkat dan hidangkan.

2 ulasan:

Sheila Shafeareen berkata...

Salam ...sdp tu lauk hari ni..pasti wangi kan kuah lemak ikan tu..nak rasa semangkuk

Unknown berkata...

nk cuba nii..harap menjadi..🤭✌️

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...