Ahad, 10 April 2011

Kofta Daging Bersos

Salam Ujung Minggu buat semua yang sudi singgah di blog hijau ni. Hari ni makcik Mah masak daging ler plak. Dah tak tau nk masak apa sebenarnya (lagu Jee la plak)

So..pikir punya pikir, buat ler kofta daging ni. Tengok kat rancangan tv beberapa hari lalu- Sari Rasa. Sos nya digaul sekali. Koje senang kan !!!!


Arwah abah aku mmg suka makan lauk ni. Kalo mak masak lauk ni, mesti kena buat lebih. Simpan sampai esoknya. Tapi tak sempat pun..sume orang suka.

 Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
1 cawan daging cincang
1 biji bawang besar-dicincang
1 biji telur
1 tangkai daun sup -dicincang
1 tangkai daun bawang- dicincang
1 sudu kecil mix spicies* (ni style aku, kalo ikut mak aku, tumbuk 4 sekawan tu sampai halus)
2 sudu besar minyak sapi
gula, garam, perasa
sedikit tepung gandum

-Gaulkan semua bahan2 dan kepal menjadi bebola kecil. Panaskan minyak dan goreng sampai masak/garing. Toskan

bahan sos
3 ulas bwang kecil
1 inci halis
(kedua bahan ini ditumbuk halus)
1 sudu kecil cili kisar
1 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
gula, garam, perasa secukupnya

Cara-cara
tumis bawang hingga naik bau dan masukkan cili kisar
tumis lagi dan masukkan sos
boleh tambah air
masukkan gula, garam , perasa (lauk ni kena ada rasa manis2)
akhir sekali masukkan bebola daging tadi.
Gaul rata dan siap



*** ermm... dh ada yang baru, tp still pakai yang lama... gambar2 ni dari kamera Lumix aku. Malas nk guna yang baru. Belum khatam lagik !!! hahaha

1 corat coret:

IHSAN KHAIRIR berkata...

mmmm nampak mcm sedap je... elok2 time tgh lapar ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...