Khamis, 7 April 2011

Bingka Roti Berjagung

As Salam..pekabar semua !! harap sihat2 saja... ni juadah minum petang, bingka roti berjagung. Ternampak kat blog citarasawan semalam. Apalagi, hari ni terus la cuba. Harap2 kaum kerabat di rumah ni suka.


Terima kasih kak Wan atas sumbangan resipi Bingka Roti Berjagung ni. Aku suka time panas2, makan kerak dia..wallah...tak hengat donia !!!

Bahan-bahan
15 keping roti sandwich
1/2 tin jagung cream
500ml santan
500ml susu segar
180gm tepung gandum
20gm tepung kastard
3 biji telur
100gm gula halus
85gm mentega cair
1/2 sudu teh garam halus
Hiasan :  Hirisan badam, kismis atau yang disukai (aku guna kelapa parut ngan bijan jer)

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan. kecuali roti dan jagung krim.  Gaul rata dan masukkan ke dalam pengisar.  Kisar hingga halus dan tidak berketul.  Kemudian tapis ke dalam mangkuk yang besar.
2.  Buang tepi roti dan carik-carikkan ke dalam adunan tadi.  Perap selama 20 minit.  Masukkan jagung krim dan gaul hingga sebati.
3.  Gris loyang atau acuan muffin dengan sedikit majerin.  Tuang adunan ke dalam acuan, tabur dengan hirisan badam atau kismis.
4.  Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar selama 20-25 minit (acuan muffin) dan 30-35 minit untuk loyang yang besar atau hingga masak.




http://www.cute-smiley.com

3 corat coret:

Mas berkata...

akak..nak sepinggan..
ada lagi kan..he..he..

izahdaut berkata...

wahh nak beli kamre baru ye kak..kiki.. best best

fmina08 berkata...

yummmyy...semalam saya wat jugak! pastu bawak g kije..dorg ckp..SEDAAAAP!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...