Today is my bithday
Salam semua...
syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan menghirup udara nyaman dan menikmati kegembiraan pada hari ini. Semoga terus diberi kesempatan mengasuh, membesarkan dan memberi kasih sayang kepada anak-anakku yang bertiga itu. Untuk berbakti dan membalas jasa kepada ibu tersayang dan menyuburkan cinta dan kasih sayang berpanjangan kepada suami tercinta. Amin !!!!!
Hari ni my Jebat tak kerja...Yeah !!! katanya sbb nk celebrate buff day aku..hehehe... So untuk lunch, dia suruh masak yang simple-simple jer.
Errrm... meh layan lauk ringkas hari ni...
Hanya ada sambal tumis sotong, dan ikan keli berlada. Ada gak lauk gulai asam tempoyak ikan jenahak (buat seketui jer...) cukup lah untuk tengahari ni yer !!!!!
Encik Jebat ada berkias-kias, katanya mahu ke Restoren Arab malam ni...errrm... laki aku tu dh ketagih makanan arab sejak dua tiga menjak ni. Setiap minggu, mesti sekali dia nak pekena Nasi Arab. Selalunya kami akan ke Restoren Saba di Cyberjaya nun... tp malam ni entah la plak. Humus kot !!!!



Ulasan
Semoga di panjang umur,di murahkan rezeki dan di sehatkan tubuh badan dan di tetapkan iman.
amiiiiiin..
moga sentiasa berbahagia hendaknya..
moga akak sentiasa dirahmati dan diberkati Allah sentiasa....
Semoga dipanjang umur,dimurahkan rezeki ....
semoga berbahagia sentiasa ..
Dipanjangkan usia...dipermudahkan rezeki...sejahtera...ceria dan bahagia bersama keluarga tercinta...
Selamat Hari Ulangtahun Noorma...
Semoga dirahmati Allah sentiasa...Amin..
selamat harijadi Norma..semuga berbahagia bersama keluarga tercinta dan di limpahkan rezeki, di berikan kesihatan yang baik.
semoga di murahkan rezeki & diberkati Allah selalu