Rabu, 6 April 2011

Laksa Telur Mata

Hari ni masak makanan kegemaran anak sulung aku, Laksa !!! suka dia bila tengok aku keluarkan ikan, bunga kantan dan daun kesum. Tak sabar dia nk balik. Gamaknya kat sekolah pun terbayang2 laksa ni.


Resipi diambil dari portal masakan terkenal, Myresipi. Kali ini cuba laksa penang plak.Bisanya makan ngan telur rebus kan, tp hari ni naik taraf sikit. Makan ngan telur mata kobau. Sedap...(sbb aku mmg suka telur mata dr telur rebus) http://www.cute-smiley.com

Bahan-bahan ( 4 org mkn )
* Ikan sardin 1/2 kilo
* Ikan sardin tin kecil (cap ayam atau cap king cup bertujuan utk memekatkan kuah laksa dan lebih sedap)
* Bwg Merah (5 ulas)
* Belacan (sebesar ibu jari)
* Cili kering (segenggam) atau cili giling(4 sudu atau ikut citarasa)
* Bwg Besar (dimayang halus)
* Timun
* Cili masak atau cili padi
* Daun Salad
* Telur Rebus (kali ni pakai telur goreng mata)
* Laksa Kering atau Laksa basah (sebungkus)
* Daun Kesum dan Bunga Kantan
* Limau Nipis

Cara-cara
1. Rebus ikan sardin mentah dan asingkan isi nya dr tulang (air rebusan jgn dibuang)
2. Blender bwg merah, belacan,cili kering (sekiranya cili giling tk payah blender hanya campurkan terus dlm kuah nanti)
3. Masukkan bahan blender ke dlm periuk bersama air rebusan ikan serta asam gelugor, daun kesum dan bunga kantan
4. Blender ikan sardin yg diasingkan tulangnya bersama ikan sardin tin(sos ikan sardin tin dicampurkan sekali)
5. Blender tulang ikan(jgn terlalu halus)utk menambah rase manis kuah tapiskan airnya ke dlm periuk td
6. Kemudian masak kuah hingga menggelegak dan masukkan garam secukup rasa
7. Boleh la dihidangkan dan ditabur bwg besar,timun,cili, limau nipis, daun salad (sekiranya suka boleh di makan bersama petis udang)


Ok... sapa nak, sila angkat kening yer http://www.cute-smiley.com

2 ulasan:

Unknown berkata...

wahhh sedapnya laksa!! lama tak buat ni bubuh telur mata tu pun sodap..tapaula semangkuk terliur dh ni..hehe

Mas berkata...

perrhhh..sedapnya makan laksa ngan telur mata kerbau.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...