Ahad, 6 Februari 2011

Char Kuetiau

Slamat Pagi. Esok budak2 dah mula sekolah. Huhhh..tak bestnyer! Hari ni breakfast dengan char kkuetiau. Terpaksa la buat sendiri sbb kat pasar malam ni dah takde orang yang jual char kuetiau (gamaknyer dan niaga kat tempat lain kot)


Bahan-bahan 
500gm kuetiau
300gm udang
200gm kerang atau kepah - direbus
150gm taugeh - dibuang ekor
5 ulas bawang putih - dicincang
1 keping fish cake/fish ball - dihiris nipis
3 biji telur
4 sudu makan bawang goreng
garam secukup rasa
100ml minyak masak

Bahan2 sos (disatukan):
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap cair
1-2 sudu makan cili kisar
1 sudu teh kicap pekat
100ml air

Cara
* panaskan minyak dalam kuali. goreng bawang putih hingga kekuningan
* masukkan udang, fish cake dan dikacau rata
* ketepikan
* bubuh kuetiau dan kacau cepat2. masukkan bahan2 sos dan digaul sebati
* kaup bahan gorengan ke tepi
* pecahkan telur ditengahnya
* biar selama 1 min sebelum menggaul semuanya sekali
* bolehlah diletakkan garam sekiranya rasa kurang memuaskan
* akhir sekali, masukkan kerang/kepah, tauge dan taburkan bawang goreng


From my plate, makan sikit jer yer.. sbb dh terhoyong hayang semalam, 2 week without carbo...so hari ni amik carbo sikit

Ok...jemput makan semua!!

2 ulasan:

Mas berkata...

aarrgghh...tidak....tak tahan tengok koewtiaw akak.....sedappnya...
akak betul2 buat mas terliur pepagi ni...
peberet no 1 ni koewtiaw....

harleena berkata...

sedapnya koew tiew. bilala agaknya baru dpt rasa lagi keenakkan char koew tiew ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...