Slamat Pagi, dan Gong Xi Fa Cai kepada yang menyambutnya. Hari ni macam biasalah, my Jebat pegi keje, keje dan keje...
Sebelum masuk tidur semalam dah tanya anak2 nk makan apa. Diorang cakap nk makan pasta. Tanya lagi, nk yang merah ke yang putih. Lama gak diorang dok fikir, pastu along cakap nk makan yang merah plak. Dan inilah hasilnya.....
Aku guna sos spegheti segera dalam botol kaca, jenama Kimball. Mula2 tumis bawang merah holand dengan bawang putih. Kemudian masukkan potongan daging burger yang dicincang dan juga crabstik yang dipotong. Kali ni takde ler cendawan sbb budak2 mmg tak suka.
Lepas daging burger dh nampak masak, masukkan sos kimball segera tu. Kacau rata dan masuklah serbuk perasa dan garam. Aku tambah sikit serbuk megi secukup rasa. Kemudian, masukkan spegheti yang telah direbus. Kacau lagi...dan siap.
Semasa menghidang, taburkan dengan cheese. Sedia untuk dinikmati2 pinggan jer, untuk Along dan Irfan. Adik tengok jer...hehehe
Ni plak sarapan aku. Scrambel egg dengan brocoli dan chicken ham. Telur hancur tu kongsi ngan Ryan. Kiranya tak sampai sebijik lah telur aku makan. Air plak Green Tea, tanpa gula yer... (rasanya masih sedap, sapa suka minum Chinese Tea takde masalah ler minum teh tanpa gula ni)
Ni baru pertama kali makan telur selepas 8 hari mengamalkan Artkins Diet. Setakat ni, dh turun 4 kg (semalam timbang)... dalam tempoh masa tu aku mmg tak sentuh nasi, kuih, pasta (semua yang berasaskan tepung, nasi, roti). Minum air pun tak bergula... Aku hanya makan sayur, ayam, ikan dan daging sahaja. Selain tu ambik gak supplement Strath aku tu... so far, badan ringan dan asma pun kurang ler sikit.
Terima kasih kepada Niza yang mengingatkan aku supaya jangan lama2 mengamalkan diet ni, sbb boleh efek kepada buah pinggang.
Sebenarnya aku diet ni bukan sbb nk kurus, nk pakai kebaya ketat atau apa...tp sebab kesihatan. Aku kan ada asma, so bila badan naik, asma senang menyerang. Naik tangga sikit pun dh semput. Dan banyak ubat, petua, cara tradisional mahupun cara 'gila' yang aku cuba, tp semuanya tak jalan. So....cara diet ni jerlah yang terakhir...sbb kalo badan kurus, kurang ler sikit dapat asma. Tapi dia takdelah hilang/lenyap terus. Bila aku mati esok baru ler hilang penyakit ni :(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan