Sabtu, 26 Februari 2011

Ayam Merah Pudina

Hari ni masak lauk faberet hero mama, sapa lagi kalo bukan si Irfan dumuk...
http://www.cute-smiley.com.. 
Suka betul dia ngan ayam masak merah, tp style mama ler...style nenek dia tak suka plak, sbb nenek punyer stail kedekut sos dan pedas, wakahkahkah.....ntah apa2 lah anak aku tuh....



Disebabkan mama tengah buat Artkins diet, so takde la guna tomato sos yer...dan digantikan dengan tomato fresh yang dikisar. Kali ni tambah plak daun pudina, lebih buat Teh Arab... so rasanya lagi ummph... lagi wangi....


Bahan-bahan
* 1/2 ekor ayam
* sedikit garam kunyit

Bahan-bahan kisar
* 4-5 biji cili kering
* 1 cm halia
* 2 ulas bawang putih
* 1 labu bawang besar
* 1/2 cawan tomato kisar
* 1 batang serai- dititik- kalau suka...tak letak pun takpe

Bahan Hias
* 1/2 biji bawang besar- potong bulat
* 2 tangkai daun pudina
* kacang hijau secukupnya


Cara-cara
1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
2. Tumis bahan kisar  sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan tomato kisar. Tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.



Ok....sampai sini dulu. Korang masak apa yer untuk tengahari ni???
http://www.cute-smiley.com

3 corat coret:

Mas berkata...

kak norma..
sedappnya ayam merah pudina tu....
terliur mas nengoknya..

amiYo berkata...

lapaaaarrrr....!!

Naz berkata...

Noorma..
Still on diet eh... Wah nak duduk sebelah rumah norma lah..Boleh jentik semangat utk berdiet sama.. Sedap ayam tu lebih2 lagi guna bahan2 mentah asli..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...