Ahad, 27 Februari 2011

Karipap Daging

Salam ujung minggu.... huh..panas petang ni... tp dalam apa keadaan tak kira panas atau sejuk, perut yang kosong akan terasa lapar. Sambil layan citer Aku Kaya Giler kat TV3 tu, jamu le anak2 dengan karipap panas ni.


Bagi adik2 yang mencari resipi karipap rangup, bolehlah ikut respi kat bawah ni yer...akak copy dari MYR. Banyak feedback yang baik tentang respi ni, jadinyer SEDAP lah tu yer... Aku punyer style takleh ikut sbb takde sukatan dan main bedal jer...

Bahan-bahan ( 50 biji )
* Bahan Inti :
* 500 g kentang - dipotong dadu
* 300 gm bawang besar - dipotong dadu
* 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
* Tumbuk Lumat :
* ½ biji bawang besar
* 2 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* ½ inci halia
* ½ sd besar jintan manis
* 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
* 2 sudu besar minyak
* ½ batang besar kulit kayu manis
* 2 sd teh gula / secukup rasa
* 1 sd teh garam / secukup rasa
* 350 ml air
* Doh Karipap :
* 500 g tepung gandum - diayak
* ½ sd besar garam
* 94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
* 1 biji telur
* ½ cawan ais
* 250 ml air
* Minyak untuk menggoreng
*Secukup tepung untuk mencanai

Cara-cara
1. Inti :
2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
3. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
4. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

5. Doh :
6. Masukkan tepung dalam mangkuk.
7. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
8. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
9. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
10. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
11. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
12. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.
13. * Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.

http://www.cute-smiley.com

6 corat coret:

AyinAyob berkata...

sedapnye...

Mas berkata...

akak..nak karipap 10 ketoi..
makan hujan2 ni sedapp kan..he..he..

Anna Qawina berkata...

sedapnya kalo dpt mkn2 free..hihi..aku bab2 nak nguli ni yg lemah ni...kang masuk BM jadi tak? hikhik...

Amie berkata...

assalamualaikum noorma... sedapnya karipap...kuih yg paling saya suka tau, tp saya hanya makan intinya saja he he he

kau kesah ke?? berkata...

sedap nyer!!

Cendana Kasih berkata...

Ayin- :)

Mas- 10 ketui...jap, akak pek yer, yg frozen bleh? goreng sendirik yer...hehehe

Ana- weii..mana ada orang wat karipap pakai BM...tu dh malas tahap gaban tu...kahkahkah

Amie- akak plak suka makan kulitnya...hehehe

Kau Kesah Ke- :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...