Rabu, 2 Februari 2011

Muffin Yogurt Chocolate Chip

Salam..dan selamat pagi buat semua kengkawan. Hari ni buat muffin untuk breakfast anak2. Kiranya ini kali kedua lah. Hari Ahad lepas pun dh buat, sbb buah tangan ke rumah kawan. Hari ni buat lagi, kengkonon anak2 tak puas makan ler.

Terima kasih kepada Izah Muffin Lover atas sumbangan resipi muffin yang lembut dan best. Harum jer baunya. Tapi ini aku bukan vanilla yer, aku tukarkan kepada perisa strawberry sbb takde plain yogurt. Kat dalam esbox aku cuma banyak yogurt berperisa. Jangan marah yer cikgu.

Bahan-bahan ( 7 biji medium )

* 1 cawan tepung
* 1/3 cawan gula
* 1/2 sk soda bikarbonat
* 3/4 sk baking powder
* 1/4sk garam
* 1 biji telur
* 1/2 cawan yogurt natural (aku guna yogurt strawberry)
* 1/3 cawan susu segar
* 1/2sk essence vanilla (aku ganti ngan esen strawberry dan strawberry emulco)
* 2 sb butter cair
* 1/2 cawan coklat chip



Cara-cara
1. Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Satukan gula.Ketepikan.
2. Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati. Kemudian masukkan susu dan vanilla. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
3. Gaul sekadar tepung bersatu dengan adunan yogurt (jangan terlebih adun nanti muffin keras) dan sendukkan terus ke dalam muffin tin. Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.





Cikgu Izah, apsal coklat cip aku ni cair ek? ke mmg cenggitu hukumnyer? atau aku pakai coklat cip yang murah (ni beli kat Yummies).....  Apapun, mmg sedap lah !!!

4 corat coret:

indahhouse berkata...

Salam kak Noorma,
Cedapnya.... baru malam tadi teringat2 kat muffin. Sedap sungguh rasa choc chip dan yogurt. Nak tumpang makan sini la... hehe...

HaSue berkata...

kak..mintak muffin 2 ketui jer..xmo byk2..tu pun mkn dgn ank2..diet katekn..haha...

kak,meh join contest meh..

Mimiey.. (^-^) berkata...

kak noor, mie nak jgk barang 3 ketul...nak buat bekpas...hehheheheh

nadzirah roslan berkata...

wah, sdp2..sdg mencari resipi muffin yg sdp n mudah..
coklat cip t mmg akn cair kalau d bakar, lg sdp bile die cair, hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...