Slamat malam..terlebih dahulu; Jangan serik yer tengok entri yang berasaskan daging yang berderet-deret ni..hehehe...
Menu malam ni, sup ekor ala2 kedai tomyam. Ni mmg paberet aku ler.. dr zaman bujang sampai ler skang, suka makan sup kat kedai tomyam, especially sup ekor. Kengkadang order sup campur. Tetiba teringat plak kat 'seseorang' yang suka order sup cendawan tiap kali kami keluar makan. Dimanakah dikau sahabatku??
Resipi ni aku cilok dari Myresipi (laman web yang banyak bagi inspirasi untukkku memasak, drpd zero sampai ler skang ni dh pandai masak yang sedap2...eleh..masuk lif tekan sendiri...hahaha )
Bahan-bahan
* 1 kg ekor
* 5 btg serai di ketuk
* 2 labu bawang besar belah emapt
* 6 ulas bawang putih diketuk
* 10 biji cili api hijau dan merah diketuk
* 3 inci halia diketuk
* seikat kecil daun ketumbar
* 3 biji limau nipis( lebih pun tak pe ikut masam)
* 1 biji tomato saiz besar
* 5 helai daun limau purut
* nampla (sos ikan) jika suka
Cara-cara
1. Rebus lebihkurang 4 jam ekor , sebiji bawang besar potong 4, halia 3 inci tadi sehingga lembut
2.sediakan bahan-bahan sebelum menumis.
3. tumis bawang putih hingga wangi, api kena kuat sikit agar macam kedai gak, masukkan serai, bawang besar yang dipotong 4, kacau sebentar
4.masukkan pula tomato yang dipotong 4 gak, daun limau, cili api dan tumis sebentar. masukkan rebusan ekor tadi ikut banyak mana nak dihidang
5. didihkan sebentar dan rasa garam atau nampla(sos ikan) dan tambah sedikit gula atau kalau suka leh tambah aji
6.sebelum dihidang perahkan limau nipis dan daun ketumbar dalam mangkuk hidang. Curah sup itu dan boleh dihidang panas2
Ada kekurangan sikit dalam sup ni, takde daun ketumbar...huhuhu... kata Jebat daun tu bau macam semut (ish..sejak bila laki aku cium semut ni?? ish..dh curang ni...) apapun kat rumah kami mmg jarang masuk daun ketumbar ni. Kalo daun sup dan daun bawang tu selalu ler..
Apapun, daun ketumbar masih boleh digantikan dengan Australian Herb (bau dan rasa tetap sama, cuma bentuk jer berbeza) Kat rumah ni mmg ada tanam dulu, tp semenjak dua menjak ni, tuan tanah kedaun dah malas nk pegang tanah..so..tanaman pun mati....
Ok..sampai sini dulu..
5 ulasan:
sup ekor....peberet mas tau..sedapnya...
Whoa! sedapnye! 0_o
iyerlah..itu pastry saya pun expert ma..beli kulit ready ma..
ingat nak gi MAHA hari Jumaat ni..nak kukis ker?
Kak Ina KL - alamak kak Ina..suda lambat wooo..baru jer buat kookis ni haa.. sbb ari tu akak cakap takde datang sini, so nk ilangkan kempunan, terus ler buat... hohoho... saya ikut respi kak Ina, guna butter tantura..sedap... TQ sis
ada lagi ke dalam periuk tu...aku nak sket... :P
Catat Ulasan