Selasa, 28 Disember 2010

Red Velvet Cake

Slamat Petang semua. Hari ni teringin plak nk buat kek baldu merah ni (actually pagi tadi dengar lagu Baldu Biru dr Ella&Awie) terus teringat nk buat kek ni.  Tapi ni baldu merah yer !! Ramai gak kengkawan dari Kongsi Resipi yang telah mencubanya.


Resipi kat sini yer.

RED VELVET CAKE
• 2 1/2 cwn (250gm) tepung gandum
• 1 SK garam
• 2 SB sebuk koko
• 1/2 cwn mentega
• 1 1/2 cwn gula
• 2 biji telur
• 1 SK esen vanila
• 1 cwn susu segar (dicampur dgn perahan 1 SB lemon dan dibiarkan 5 minit)
• 2 SB pewarna merah (resepi asal) tapi saya cuma letak 1 SB pewarna je..so warna dia kurang merah
• 1 SK cuka
• 1 SK baking powder
• BAHAN TOPPING
• 250gm cream cheese, 30 gm mentega, 1 SB perahan lemon, 1 SB esen vanila dan 1 SB susu segar.

Cara-cara
1. Ayak tepung, garam dan sebuk koko . ketepikan.
2. Pukul mentega hingga lembut (1- 2 min). Tambah gula dan pukul hingga ringan (2-3 min).
3. Masukkan telur satu persatu dan tambah esen vanila. Pukul semula hingga sebati.
4. Masukkan susu, pukul dengan kelajuan sederhana dan masukkan bahan tepung, garam dan sebuk koko yg telah diayak.
5. Masukkan pewarna merah.
6. Dalam mangkuk kecil, campurkan bhn cuka dan baking powder(biarkan berbuih dan tuang ke dalam adunan kek . kacau sebati menggunakan senduk.
7. Bakar 170 C selama 25-30 (bergantung pada oven masing-masing.
8. sejukkan dan hias dengan cheese cream topping.
9. CREAM CHEESE TOPPING
10. pukul cream cheese dan mentega hingga lembut dan gebu. campurkan perahan lemon dan esen vanila.
11. sapukan pada keseluruhan kek dan boleh hiaskan dengan serbuk koko dan badam hancur atau mengikut selera masing2.

 Hiasan yang simpe jer, sbb nk cepat makan. Balik dr Jusco terus deco kek ni. Irfan dah tak sabar2 nk makan. So bantai jer lah..bukan nk ajak menteri makan. Kami anak beranak jer. So tak kisah kalo tak cantik.

Nampak gayanya inilah kek yang terakhir untuk tahun 2010. Kiranya kek penutup tahunlah yer!! sebab apa ek?? sebabnya MIXER aku dh jahanam waktu putar cream cheese nk buat frosting tu. Alahai....nk kuar duit lagilah nampaknya. Baru jer habis dulu beli itu ini kat Jusco tadi. huhuhuhu... dah la bulan ni tak dapat gaji. sedihnyer !!!!

Komen dari Jebat- kek ni padat, so cepat muak. Yer ke? ataupun kek aku yang bantat. Katanya kek sepatutnya ringan, jadi orang tak puas makan.Macam sponge kek. Kek baldu merah ni padat dan penuh. Jadi makan sikit jer dh kenyang. Ek eleh..geramnya aku. Dan la mixer aku rosak.
So kat sini nk tanya pendapat kengkawan yang pernah buat. Betul ker struktur kek tu padat/penuh?

4 ulasan:

Cikmin berkata...

dari apa yang aku tengok kat blog orang lain..kek velvet ni memang nampak padat..tapi ntah lah nok..aku belum pernah merasa lagi...pandai lagi ko komen eh...

Mimiey.. (^-^) berkata...

kak noor,mie nak 3 keping... sedapnye!!! mie dh lama peram resepi nih,buatnye idak lagi...huhuhuhu...makan kak noor punya la..hehehehe

Nadz Nazharzan berkata...

Salam Kak Noor..
Rajinnya buat kek ni.. Naz pun dah ada resepi ni tp buat jer belum..Cantik betullah warna kek tu kan..Mintak sepotong..

Kuah Kacang Ledang berkata...

kakkkk !! same lah dengan RV saya ~ dalam dia padat >.< makan cam muak la plak ~hehe . resepi yg sy gune tu amek amek yg kukus punya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...