Hujung Minggu yang membosankan. Mana idaknyer, si Ryan masih demam, dan si Jebat plak keje.. so dok umah jer laa...nk ke mana yang boleh? nk ke Jom Heboh Bukit Jalil- huh..mesti orang macam ulat taik.
Sebenarnya hari ni ada macam2 plan nk masak. Nak buat kuih itu ini..sume dok dalam list yang dah tak sabo nk makan.
Asam Pedas Ikan Jenahak. Menghabiskan stok hasil pancingan. Ermm...ada banyak lagi stok ikan cenggini. Rasa macam nk buat fishball jer. Tuan pancing tu bukan makan sangat, setakat seronok dapat ikan besar jer.
Hati Lembu Masak Kicap. Sesekali teringat masakan mak.
Ikan Talapia Goreng Sambal.. ada kisahnyer ttg ikan goreng ni....pada mulanya aku goreng dalam 11 ekor ikan tilapia ni. Saja laa..kengkonon boleh la nk buat ratah dan makan depan tv
Masa mula2 goreng tu, aku goreng ler 5 ekor dulu. Tp saiz sederhana. Kengkonon, boleh la 3 kali goreng jer.. bila dh siap, terjengus plak jiran aku kat pintu dapur.. Mr Chia. Terkebil2 sambil telan air liur dia tengok ikan goreng panas yang baru diangkat dari minyak panas. So aku pun offer laa... "ko nak ke?"
Pucuk dicita ulam mendatang "banyak ker yang digoreng"
Aku pun tunjuk ler balance ikan yang masih ada. So dia cakap ler.. " i nak 2 ekor lah"
Ish..takkan aku nk bagi 2 ekor plak. Nampak beno ler kedekut aku ni. So aku bagi ler 4 ekor. Aku suruh Along letak dalam pinggan dan bagi kat dia.
Jap lagi dia datang lagi. "hei, ikan goreng u sedap laa.. my mother in law pun cakap sedap, apa respi u pakai"
Ek eleh...ikan goreng pun sedap? I cuma pakai tumeric powder dan salt jer laaa... apa raaa !!!!
Alahai jiranku !!!!
4 ulasan:
tu la namanya air tangan..ikan goreng pun sodap
cook with full of love..tula jadi sedap kak...hee
Mah, betul kata Zarina...air tangan ko tu yg jadi penyedap!
Salam kak Noorma,
hihihi... betul kata kakak2 di atas tu. air tangan yang jadi penyedap dan sifat suka memberi itulah yang membuat hati Mr Chia tu gembira :))
Catat Ulasan