Jumaat, 20 Mei 2011

Nasi Mandhi & Ayam Bakar

Salam.. hari ni aku masak makanan Arab la plak... huhuh... ni kes My Jebat yang suka sangat makan nasi Arab ni. Tiap2 minggu mesti nk pegi Restoren Saba kat Cyberjaya tu.. sampai aku sendiri dah muak. Tapi disebabkan diorang ni nak makan, buat la sikit.



Nasi Mandhi
Sumber;Blog Resepiraidah

Bahan
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
*tak buat langkah 3 ni sbb tak ada arang.utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap.



Ayam Bakar
Sumber;Blog Resepiraidah

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )-letak rempah kari
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**suhu oven tak sampai 250'c, jadi bakar suhu 220'c selama 1 jam...kemudian buka bakar bawah grill selama 15-20 minit...tu yg nampak sikit2 hitam....

Untuk sos
-cili merah
-jus lemon
-ketumbar
-tomato
-garam

Kisar semua bahan dan sesuaikan rasa



Ok..sampai sini dulu yer... Slamat Berhujung Minggu buat semua. Kami nk BALIK KAMPUNG ni...



7 ulasan:

inahar ali berkata...

laaaa...sama ek menu kita..camtu xyah la kita tukor2 pinggan ek...hehehe!!!

KuNanGKuNanG berkata...

sedapnye la hai...

Chik Mimi berkata...

dik alahai ke Arab ler pulak ye sedapnya akak belum buat lagi ni

Mas berkata...

amboii..macam berjanji ngan kak uninar lak...he..he...
mas dah puas makan ari tu...sedappp..

Nur Sakinah Ahmad berkata...

saya pon sokmo ulang alik gi saba'..tp bila dah ada service tax ni kurang la kunjungan..

anyway, resepi ni nampak mudah. basicnye sama cam nak buat beriani je..

Unknown berkata...

uishhh sedapnya menu akak ni...masa kat mekah haritu memang puas dah mkn nasi ni tapi bila blk sini teringat pulak nk mkn....memang mabeles digabungkan dgn ayam bakar tu.

Norasikin berkata...

Kat mana yang membezakan nasi minyak dengan nasi mandhi ni ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...