Ahad, 22 Ogos 2010

Tau Hu Far Gula Melaka

Salam... hari ni buat tau hu far plak. Ni request dari hubby. Orang sakit ni mmg macam2 nk makan. So layan jer lah...
Aku dh selalu buat tau hu far ni. Kengkadang malas nk entri kat sini, takut orang termuntah plak tengok hari2 aku buat mende yang sama.

Bahan-bahan
-300 gm kacang soya -rendam semalaman
-12 gelas air (ini untuk kisar dengan kacang soya tadi untuk dapatkan 12 gelas air soya) * 1 gelas air soya bersamaan 200ml
-1 sudu (sudu kecil kentucky) Tau Fu far Curding (istilah lain kat kedai bakery ialah GDL iaitu Glukono Delta Lactone)* benda ni takleh letak banyak, nanti pahit
-2 sudu besar potato stratch (tp kalau takde tepung jagung pun boleh)
-1/2 gelas air suam

Cara-cara
-Kisar kacang soya bersama 250 ml air (12 gelas air ) Tapis 2 kali untuk dapat hasil yang halus dan licin
-Sukat perahan air kacang soya sehingga menjadi 12 gelas
-Air soya dijerang atas api sederhana hingga mendidih
-Sementara itu, larutkan 2 sudu besar potato stratch bersama 1 sudu kecil tau Hu Far Curding di dalam 1/2 gelas air suam
-Sediakan bekas kedap udara(tupperware)
-Tuang larutan potato stratch tadi ke dalam tupperware
kemudian, ambil air kacang soya dan tuang secara meninggi (ala teh tarik). Tak perlu dikacau lagi
-Cepat2 tutup tupperware dan jangan buka. Biar hingga beku/sejuk
-Hidangkan bersama gula merah atau gula putih. SELAMAT MENCUBA

>>Sapa yang nk kelainan, boleh gantikan dengan perisa pandan/strawberi atau jagung. Sukati lah yer...yang penting boleh makan.

6 ulasan:

Unknown berkata...

salam noorma. pandailah noorma. kakchik selalu beli je, itupun bukan kakchik yg makan tp adik. kami berdua tak makan. dapat pahala banyak tu penuhi hajat suami. solehah sekali :)

azryNaiN berkata...

taw fufa!!

sdpnye..
sis ade lg x??pos kt sgbesi..
hehhee

ijan berkata...

Salam Kak Noorma,
Wah akak tau fu fah pun buat sendiri ek.. bertuah sang suami.. boleh order je :D

Kerull berkata...

Salam Noorma..wah kita beli je dia siap buat lagik..hu hu nak semangkuk..sejuk punya ek..he he he

HaSue berkata...

salam kak..dah lama beli GDL tapi x terbuat2 gak lagi taufu far nih..hehee...apa2pun tq share resepi ni eh kak...

cikmar berkata...

yay..dah beli GDL...dah brapa kedai bakeri cari...tp lum buat lg dessert ni..hee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...