Sabtu, 14 Ogos 2010

Kerapu Tiga Rasa


Lauk pertama hari ni dh siap. Pepagi tadi dok skodeng kat rumah kengkawan..akhirnya jumpa jugak satu resipi. Kebetulan bahan2 pun ada.Sebelum ni pernah makan kat kedai jer lauk ni. Kali ni buat sendiri plak..Senang jugak cara membuatnya.


Resipi amik kat rumah Dayangjack.

Bahan-bahan :
1 ekor ikan bawal (digoreng hingga masak), aku guna ikan kerapu
1 labu bawang besar (dihiris dadu)
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 helai daun limau purut
10 biji cili padi (dihiris)
sos cili secukupnya
sos plum @ sos tomato
sedikit sos ikan
1 sb sos tiram
2-3 sb sos cili thai
sedikit bancuhan tepung jagung
hirisan nanas, epal, tomato, timun, cili benggala dsb

Cara-cara :
Panaskan minyak. Tumis bawang besar, serai, bawang putih, bawang merah, cili padi, daun limau purut dan halia hingga wangi.
Kemudian masukkan sedikit air dan semua bahan sos secukupnya. Boleh tambah garam dan gula jika suka.
Seterusnya, masukkan tomato, nanas, timun, epal dan cili benggala. Kacau seketika. Kemudian, tuangkan sedikit bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah. Tak letak pun tak mengapa.
Setelah masak, angkat dan tuangkan kuah tadi ke atas ikan yg sudah digoreng.
Hidangkan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...