Selasa, 10 Ogos 2010

Ikan Pekasam Pembuka Selera

Orang utara (Kedah, Perak) memang tak dapat dipisahkan dengan ikan pekasam. Inilah buat pembuka selera. Tapi Jebat aku memang tak suka ikan ni. Entah laa...dia tu ikan masin pun tak makan. Tapi mana boleh nk ikut tekak dia jer kan.

Ikan pekasam ni dibuat khusus untuk Ramadhan. Ni resipinya. Aku ni guna ikan lampam dan puyu. Kalo korang nk guna ikan sepat & talapia pun boleh. Janji ikan sungai laaa...


Bahan-bahan:
1 mangkuk beras,
1 cawan garam kasar,
Air suam secukupnya &
1kg ikan puyu (ikan lain pun ok!).

Cara:
1)Ikan disiang serta dibersihkan dan kemudian digaul dengan garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.

2)Beras digoreng sehingga perang dan dimesin halus.

3)Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2 cawan garam kasar dan gaul sehingga larut.

4)Masukkan beras yang telah dimesin kedalam campuran air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat-(bahan A)

5)Ikan yang telah diperap tadi dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinan.

6)Celupkan ikan tadi seekor demi seekor kedalam bahan A dan susun didalam bekas yang ditutup rapat (balang atau tupperware) dan dibiarkan selama 4-5 hari.

7)Untuk lebih sedap simpan sehingga 1 minggu.

*Peringatan:Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut aturan.

Cadangan Hidangan:
Untuk lebih 'kick' goreng sehingga garing dan masukkan bawang (kecil atau besar)dan cili kering/cili merah/cili hijau.

Bagi orang Perak, lebih suka hancurkan ikan pekasam tu dan dicampur dengan cili dan bawang goreng. Tapi kalo sebelah Kedah, goreng sekor2 macam tu yer. Terpulanglah pada selera masing2. Aku tak suka goreng hancur, sbb serap banyak minyak. Kang berguni2 kolesterol yang melekat kat badan...hahaha




3 ulasan:

suzzsuzie berkata...

adik ipar orang kedah...selalu bagi ikan pekasam...boleh buat makan sahur...

ijan berkata...

Salam Kak Noorma,
Ni la yang kite frust sesangat ni... tak ingat nak beli pekasam bawak datang sini.. minat giler dengan pekasam ni tau!!! bestnye dapat makan dengan nasik panas...
Kak Noorma, selamat berpuasa :)

cikmanggis berkata...

ooo sedapnya ..terbau bau nih..salam ramadan & selamat bersahur dan berpuasa buat noorma sekeluarga.Sahur makan apa ya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...