Ahad, 1 Ogos 2010

Mee Hailam

Salam Hujung Minggu buat semua !!!!

Hari cuti cenggini ingatkan bolehlah bangun lewat sikit..tapi si Jebat plak ada projek ikan keli dia..terpaksa ler menolong (jadi nurse macam biasa...) bila dh jaga, tak boleh la nk sambung tido lagi..kerja rumah plak melambak...dan hari ni dapatlah update blog awal sikit..


Breakfast pagi ni, makan Mee Hailam plak. Terliur tgk Kak Liza tayang mee hailam dia dalam facebook. So aku pun mencuba ler.. sedap..

Bahan-Bahan:
600 gm mee kuning
100 gm daging [hiris nipis]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm udang
250 gm sawi hijau [potong kecil]
100 gm bunga kubis [hiris]
100 gm kobis [hiiris]
2 biji telur ayam
1 biji cili merah [mayang]
1 s/b lada hitam
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk]

bahan hias
3 batang daun sup ]
3 batang daun bawang ] potong pendek
garam [jika perlu]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila daging dah lembut masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.






Ceritaku: Si Ryan tak brapa sihat. Selsema dan kahak banyak. Jap lagi nk pegi klinik Alam Medic kat Puncak Jalil ni, sedut gas. Kalo tak ok gak, terpaksa lah bawak ke PMC. Dah 3 minggu kasi makan ubat, tp still mcam tu jugak. Anak2 kalo demam pun lambat baik. Nampak gayanya macam nak kena tukar panel jer !!

1 ulasan:

indahhouse berkata...

Salam kak noorma,
yum yum.. mee hailam. lama dah tak makan.
kata org, kalu demam tak sembuh2 mmg kan tukar ubat atau doc lain. Moga Ryan cepat sembuh, kak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...