Ahad, 15 Ogos 2010

Katlik Daging Bersos

Salam semua... dh ready ke untuk berbuka. Mesti banyak lauk kan. Ni lauk paberet aku dengan arwah abah. Kalo mak masak, mesti buat lebih. Dapat makan sampai 2 hari/sampai muak. Tapi tak pernah jemu pun sbb sedap.




Meh tengok resipi.
1 cawan daging cincang
1 biji bawang besar-dicincang
1 biji telur
1 tangkai daun sup -dicincang
1 tangkai daun bawang- dicincang
1 sudu kecil mix spicies*
2 sudu besar minyak sapi
gula, garam, perasa
sedikit tepung gandum

-Gaulkan semua bahan2 dan kepal menjadi bebola kecil. Panaskan minyak dan goreng sampai masak/garing. Toskan

bahan sos
3 ulas bwang kecil
1 inci halis
(kedua bahan ini ditumbuk halus)
1 sudu kecil cili kisar
1 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
gula, garam, perasa secukupnya

Cara-cara
tumis bawang hingga naik bau dan masukkan cili kisar
tumis lagi dan masukkan sos
boleh tambah air
masukkan gula, garam , perasa (lauk ni kena ada rasa manis2)
akhir sekali masukkan bebola daging tadi.
Gaul rata dan siap


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...