Jumaat, 6 Ogos 2010

Kerapu Masam Manis

Malam ini menjamu selera dengan Kerapu Masam Manis plak. Menghabiskan stok ikan kerapu Jebat tu. Esok katanya nk pegi memancing lagi. Alahai..mamat sorang ni. Tak jemu2 ker nak makan ikan?? Takpe, lepas ni kalo dapat ikan lagi, aku buat fishball jer. Abis citer.



Resipi kali ni amik dr Myresipi plak.Dh lama tak bukak Myresipi, tapi petang tadi bila goole kerapu masam manis, dapat plak masuk MYR. Bestnyer... macam2 resipi ada kat sana.

Bahan-bahan ( 3-5 orang )
1 ekor ikan kerapu / ikan bawal
1/2 batang timun dibuang biji
4 keping nenas dipotong panjang
2 biji tomato
3 biji bawang putih
5 sudu makan cili kering / cili boh
6 sudu makan sos tomato
2 sudu sos ikan
1/2 batang lobak merah
2 bji bawang besar
1 tangkai

Cara-cara
1.Goreng ikan hingga kering, kemudian tumiskan bawang putih hingga kekuningan
2.Masukkan pula cili, sos tomato, sos ikan, lobak merah, nenas, timun, bawang, air, gula,garam dan serbuk perasa secukupnya
3.Kemudian masukkan pula bawang besar dan kacau hingga rata
4.Biar sehingga masak, padam api dapur
5.Tuangkan kuah di atas ikan dan tabur daun sup dan daun ketumbar diatasnya. Hidangkan




Ok...sampai sini dulu. Esok aku tak bersiaran sbb ada urusan kat luar. Sebelah paginya kami ada urusan dengan peguam, Rajinder Singh Veriah kat Bangsar, lepas tu aku nk ke Gerai Konvo UM (tgk kengkawan yg berniaga kat sana..sori tak dapat tolong...) , lepas tu Jebat nk memancing ke Port Klang.. sebelah senjanya nk ke Pasar Malam Sungai Besi, cari sayur2 kampung...alahai..banyaknyer program !!!

0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...