Isnin, 16 Ogos 2010

Nothing Special

Hari ini tak ada lauk special mahupun kuih/pencuci mulut. Aku masak 3 jenis ni jer. Mood malas dah melanda. Jap lagi kenalah keluar ke pasar ramadhan mencari kuih untuk Along. Kesian plak kat dia. Takkan makan ni jer. Kang takde semangat nk puasa penuh.

Sup ayam. Idea datang last minit jer. Nk masak kari dh jemu, nk buat masak lemak cili api kang anak2 takleh makan. So buat sup jer lah. Boleh masuk sume tekak, termasuk Ryan. (hah? Ryan dh makan ker? sikit2 la, lenyek ubi kentang, karot bagi dia makan. Makan nasi lauk asam pedas tu belum la lagi..kahkahkah...)


Sambal ikan merah. Alahai..ikan lagi.. apa nk buat. Takkan nk buang plak ikan2 yang ada dalam freezer tu. Kalo buat sambal cenggini laku la sikit.

Sayur taugeh ni aku beli kat Pasaraya pagi tadi, berdua jer ngan Ryan kami merayap ke pasaraya. Aku letakkan dia dalam stroller dan sebelah tangan lagi kendong bakul. Agh..apa kisah..janji merayap..hehehe

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...