Selasa, 3 Ogos 2010

Chicken Nugget Tortilla

Salam...
Petang tadi kami pegi memborong barang dapur kat Tesco Puchong. Balik dh petang, tak larat nk buat minum petang. Sib baik ada beli donut dan bagi anak2 makan dulu. Ni kudapan aku ngan Jebat untuk alas perut lepas magrib sebentar tadi. Jap lagilah makan nasi. Kenyang lagi ni...

Pernah makan tortila resipi terbaru kat KFC, aku pun cubalah buat sendiri...bolehlah... kata Jebat, lain kali gunakan isi ayam yang digoreng dengan tepung redix plak. Mesti rasa macam kepci. Yelah tu... (ni nk senang..guna chicken nugget Fusipim jer...)

Nk tunjuk sikit isi perut tortilla ni. Ada daun salad, tomato, timun dan nenas. Picitkan sedikit sos thousand island dan moyonis. Kemudian letak chicken nugget. Letak cheese.. dan kemudian boleh tambah sos cili kalo suka pedas. Pas tu wrap ler... nah...SIAP !!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...