Rabu, 9 Disember 2009

Bread & Butter Pudding

Baru jer abis buat benda ni. Masih panas dalam oven. Kalo dulu, roti lebih aku buang jer, tapi lepas tgk satu rancangan masakan kat tv, teringin plak nk mencubanyer. Rasanya ala2 krim karamel plak. Adik beradik bingka lah jugak benda ni. Boleh buat moist sikit ataupun garing mcm kuih bingka. Kali ni aku buat garing, sbb suka beno makan kerak.




Bahan-bahan
>3 atau 4 keping roti (dikoyak kecil)
>2 biji telur*
>2 cawan susu segar*
>1/2 cawan gula* (boleh lebih atau kurangkan)
>secubit garam*
>2 sudu besar tepung gandum* (kalo suka adunan yg lembik, kurangkan tepung)
>sedikit esen vanilla*
>2 sudu besar butter-dicairkan
>badam/gajus
>ceri merah, kismis

Cara-cara
1. Masukkan bahan2 bertanda * ke dalam blender dan kisar sampai halus.
2.Masukkan roti yang dikoyak kecil ke dalam bekas pembakar. Panaskan oven
3.Tuang adunan yang dikisar tadi.
4. Tabur gajus dan ceri dan curah dengan butter cair.
5. Bakar selama 30-40 minit atau sampai masak.



Kalo sapa yang suka versi lembik tu, bolehlah buat versi kecil, masukkan dalam mangkuk ramen dan bakar. Nanti kuih ni akan jd mcm krim karamel jer.. mesti lagi best!!!



8 ulasan:

Sheila Shafeareen berkata...

Salam Noorma wah sdp tu mkn pns2 akk pun biasa buat gak..ada juga yg ambik tempahan puding roti kira namenya...raya hari tu ade yg tempah juga...tp akk nak rasa yg mak buyong buat lahhh heeee..boleh kee

Cendana Kasih berkata...

sheila - ish akak ni, saya ni setakat boleh buat jer..malu ler nk bagi tokeh mcm akak makan...he,he...

E-na Zarina berkata...

E-na pun nk try jugak, sedap tu...yummy...yummy

Cendana Kasih berkata...

Ena- ha,,,cuba jangan tak cuba..senang jer bahan-bahannya. Kalo takde susu cair/segar, guna susu tepung pun bleh.

Sheila Shafeareen berkata...

hai norma hee buat penak malunya heee awk masak lg sdp air tgn ibu mgdung lgggg...semoga ank yg bakali ni pun rajin mcm mama nya heee InsyaAllah

geraugebang berkata...

macam sedap la. kalau lapis ngan inti tengah-tengah agaknya lagi sedap ek. cuba awak buat. Ceh, suruh orang buat lak ek. hi hi hi. Tak pe tak pe nantiiiiiiiiiiii kita buat. Nantiiiii la.

Cendana Kasih berkata...

sheila- insyaalah...masin la mulut akak tu, kita dapat anak rajin, amin... anak kita skang ni, yg sulung tu pemalas betul, tak diketuk, tak berjalan. Dan si adik plak ikut mood, kalo dtg mood rajin boleh lah tolong.

Gerau- nk letak inti apa ek? blueberi sedap ker? ish,ish...ni yg bertambah rajin nk buat lagi sekali ni...

Azian Nd berkata...

Wah sedap ni....kirimlah ckit...tak jauh ni akak kat tesco aje....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...