Khamis, 31 Disember 2009

Tau Hu Far

Lama dah tak buat tau hu far ni. Dah banyak kali hubby request suruh buat, tapi aku wat tak layan jer..bukan apa, leceh sikit nk memerah kacang soya tu... tu yang berat jer nk membuatnya. Tapi bila Hang Jebat tu dh perli2, buat lah jugak.




Bahan-bahan ( 10 orang kot.. )

  • 300 gm kacang soya -rendam semalaman
  • 12 gelas air (ini untuk kisar dengan kacang soya tadi untuk dapatkan 12 gelas air soya) * 1 gelas air soya bersamaan 200ml
  • 1 sudu (sudu kecil kentucky) Tau Fu far Curding (istilah lain kat kedai bakery ialah GDL iaitu Glukono Delta Lactone)* benda ni takleh letak banyak, nanti pahit
  • 2 sudu besar potato stratch (tp kalau takde tepung jagung pun boleh)
  • 1/2 gelas air suam

Cara-cara

  1. Kisar kacang soya bersama 250 ml air (12 gelas air ) Tapis 2 kali untuk dapat hasil yang halus dan licin
  2. Sukat perahan air kacang soya sehingga menjadi 12 gelas
  3. Air soya dijerang atas api sederhana hingga mendidih
  4. Sementara itu, larutkan 2 sudu besar potato stratch bersama 1 sudu kecil tau Hu Far Curding di dalam 1/2 gelas air suam
  5. Sediakan bekas kedap udara(tupperware)
  6. Tuang larutan potato stratch tadi ke dalam tupperware
  7. kemudian, ambil air kacang soya dan tuang secara meninggi (ala teh tarik). Tak perlu dikacau lagi
  8. Cepat2 tutup tupperware dan jangan buka. Biar hingga beku/sejuk
  9. Hidangkan bersama gula merah atau gula putih. SELAMAT MENCUBA






8 ulasan:

Ken Wooi berkata...

i think the right name is "tau fu far" haha..
how i wish i can have it now =P

kenwooi.com

Tanpa Nama berkata...

sedapnye.........

Cendana Kasih berkata...

kenwooi- yeah...betul tu.. saya pakai taip jer nama ni...

miloicekaw1119- meh cuba !!

Treat and Trick berkata...

Rajin betul Noorma ni...tak tahan tengok tau fu far dgn gula merah tu...

Sheikh berkata...

a ah saya pun selalu beli kat pasar malam jea... nak buat tak reti.
Apa pun memang sedap !

Azian Nd berkata...

Akak tak pernah buat pun. kena try sbb anak2 suka sgt2...

indahhouse berkata...

Salam kak Noorma,
apa khabar? pandainya kak buat tau fu har. saya panggil dia, tau fu far...hihi. ntahla. yg penting, inila kesukaan kami berdua time gi pasar malam.

Fabulos Mama berkata...

my febret~x sbr nk try!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...