Ahad, 6 Disember 2009

Megie Goreng

Request dari anak bujangku, Irfan. Sebenarnya dia mintak yg megie goreng segera tu, tapi memandangkan kat umah ni stok megi goreng segera dh abis, so terpaksa maknyer amik megi biasa tu, rebus dan goreng.



Bahan-bahan
-2 bungkus megi kari- rebus mee kering sampai lembut dulu
-1 ulas bawang merah
-1 ulas bawang putih
-isi ayam secukupnya
-fishball, fishcake
-sayur sawi
-taugeh * aku tak letak sayur sbb anak2 tak makan. Kalo ada sayur lagi sedap
-kicap pekat
-1 biji telur

Cara-cara
1.Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
2.Masukkan perencah kari. Kacau segera untuk elak hangus
3.Letak sedikit air.
4.Masukkan isi ayam, fishball dan fishcake. Kacau rata.
5.Tambah kicap pekat.
6.Pecahkan telur dan biar sekejap, kemudian masukkan mee yang sudah direbus tadi.
7.Kacau rata, dan bolehlah dimasukkan sayur.
8.Jika kurang masin, bolehlah ditambah garam dan serbuk perasa. Siap.

3 corat coret:

kakchik berkata...

best la kalau dok rumah, boleh la makan maggi yg dimasak macam noorma buat tu.
hari ni kat pejabat kakchik malas nak keluar jadi makan ajelah mamee perisa ayam rendam dlm air panas. itupun makan separuh je, tak habis.

hana berkata...

adoaiiii cedapnyer megi goreng nih! sayang plak aku nk korbankan megi aku tinggal 4 bungkus tuh! huhuhu

Noorma Ismail berkata...

kakchik- oooo..megi in cup yer..tp skang ni dh ada megi goreng versi in cup jugak kan...

Hana-selama ni stok megi Hana mmg import dari Msia ker?? sana punyer megi tak halal yer? kalo tingin beno, buat jer la guna mee kering..sama jer kot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...