Rabu, 16 Disember 2009

Ayam Masak Merah

Tak sihat sikit sejak 2 hari ni..agaknya kesan sbb berjalan lama hari isnin lepas kot... asyik pening dan tekak plak terasa loya. Bagaimanapun, perut anak2 dan laki tetap kena isi. Takkan lah asyik nk membeli dari luar jer..sian plak kat laki aku....
Hari ni masak lauk kegemaran anak2, senang...tak payah masak dua tiga lauk lagi. Gerenti habis punya. Boleh dikatakan setiap minggu, ni lauk wajib yg kena masak, selain daging goreng kunyit.

Nk masak ayam masak merah, senang jer kan...tapi tepeklah jugak respi kat sini yer...

Bahan-bahan
1 ekor ayam - di potong kecil, bersihkan & digoreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labung bawang besar
2 btg serai4 biji tomato
2 sd sos tomato
kacang peas (pilihan)
bwg besar - potong gelang
minyak masak,
gula, garam

Cara:
1. Pijarkan minyak dlm kuali kemudian tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing
2. Kemudian masukkan ayam, kcg peas, bawang, garam dll
3. Gaulkan hingga sebati & adjust le rasa mengikut kesukaan
4. Masak hingga kering mengikut kesesuaian & kesukaan


Lauk kedua hari ini. Sambal tauhu telur. Menghabiskan stok dalam peti ais....

2 corat coret:

indahhouse berkata...

Salam kak noorma,
uish, kalu ayam masak merah, saya pun suka kak. hihi. yang penting, ahli kuarga suka makan. tak perlu masak byk pun, takpe.
moga cepat sembuh, kak. :)

Noorma Ismail berkata...

Thanks Nur..ala, akak cuma pening2, tak brapa sihat sikit jer..agaknya penat sangat sbb lama berjalan ari tuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...