Selasa, 4 Mei 2010

Sizzling Mee

Malam ni makan sizzling mee plak. Semalam masa shooping kat USJ, memang bercadang nak makan sizzling mee kat food court, tp hari dh petang, si along nk kena pegi mengaji plak, so batal ler hasrat nk makan. On d wat balik umah, punyalah jem kat Subang, kami cari jalan yg tak jem, keluar ikut puchong.... tp sume jalan sesak....aduh laaa....sib baik bukan aku yg drive....sabo jer lah....




Bahan-Bahan:
1 peket yee mee/mee kuning (dicelur)
½ kilo daging ayam (dipotong kecil-kecil)
10 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
3 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
3 inci halia (diketuk)
5 ulas bawang putih (diracik)
300 gm sawi(dipotong dan dicelur)
1 biji keret (carrot)
4 sudu kicap cair
5 sudu kicap manis
5 - 7 sudu sos tiram
2 cawan air
2 - 3 biji telur ayam
1 sudu tepung jagung
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.
3. Masukkan kicap cair, kicap manis, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan dan keret.
4. Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
5. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.
6. Siramkan masakkan tadi ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.

Cadangan Hidangan:
Hendaklah dimakan semasa panas-panas. Sedap dimakan bersama cili api yang dipotong kecil yang direndamkan bersama kicap cair yang diperah limau nipis. Selamat mencuba.




p/s: Tak sabar nk tengok Asmaradana. Apalah nasib si Amran tu, kesian plak kat dia, mengejar cinta yang tak kesampaian.. si Fareez plak boleh sedar balik, ingatkan dh mati..ish,ish,ish....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...