Rabu, 5 Mei 2010

Cinnamon Hotdog Spicy Bun

Hari ni buat roti plak.....memudahkan kerja esok hari, tak payah nk susah-susah buatkan sarapan, sekali boleh bawak bekal....senang kojo den.


Bahan-bahan ( 12 biji )
Bahan Doh
500gm tepung high protein
95gm gula kaster
1 tsp garam halus
14gm yis segera
50gm majerin/mentega
45gm shorteing/minyak sayur
2 tsp susu pekat manis
1 biji telur gred A
210gm air

Bahan Isian/Hiasan
Hot Dog sosej
Serbuk kayu manis
Serbuk kari
Mayonnaise
Daun Bawang di potong
Susu sejat utk sapuan

Cara-cara
1.Satukan semua bahan dalam mangkuk pengisar kecuali air. Gunakan hook dan dengan speed perlahan, gaul adunan hingga rata.
2.Tukar kepada speed sederhana dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli selama 8-10 minit sehingga menjadi doh yang elastik (boleh di tarik dan tidak putus)
3.Keluarkan doh dan uli dengan tangan, bentukkan bulat dan tutup dengan mangkuk besar atau plastik. Rehatkan selama 20 minit.
4.Leperkan doh dan uli semula. Bulatkan kembali dan rehat lagi selama 15 minit.
5.Ambil doh dan timbang seberat 60gm atau saiz yang di kehendaki. Bulat2kan semula. Rehat selama 5 minit.
6.Leperkan doh dan canai untuk membuang angin. Kemudian barulah di bentuk mengikut bentuk yang di kehendaki.
7.Ambil satu doh dan gelek memanjang, letakkan hot dog di tengahnya. Tekan hot dog dengan jari di tengah dan potong menggunakan pisau plastik di kiri kanan sebanyak 5 potongan.
8.Lipat silang pangkah kiri dan kanan mula dari atas sehingga habis. Tekan sedikit hujungnya supaya melekat.
9.Buat sehingga habis
10.Rehatkan doh sehingga mengembang 2 x ganda, sapu dengan susu sejat, tabur sedikit dengan serbuk rempah kari dan serbuk kayu manis di atasnya. Pipekan mayonnaise dan tabur dengan daun bawang
11.Leserkan loyang dengan shortening dan bakar di rak tengah pada suhu 180C selama 15 minit atau sehingga keperangan.



tak cantik macam resipi asal ler...ni kes nk cepat siap jer..mana idaknyer, si Rayyan asyik melalak jer, so aku cepat2 ler buat..habis baju bertepung..si Jebat plak tengah uruskan kolam ikan dia..nk mintak tolong pun payah..eeee..meyampahnyer..


Ni tuna bun. Aku cuma campurkan tuna dengan mayonis dan sedikit lada sulah.. gamaknyer takleh simpan lama kot, takut basi..kena makan dulu yg ni


Ni versi ulat bulu. Inti kacang merah kat dalamnyer.. sedap..tp sempat buat satu jer..






P/s: Malam ni laki aku kerja malam..huhuhuhu..boringnyer...sib baik leh layan tenet...mintak2 cepat la dia balik, si kecik ni kang banyak ragam plak!!

0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...