Rabu, 5 Mei 2010

Char Kue Tiau

Salam semua... apa khabar hari ini? harap semuanyer sihat? Dh breakfast??



Ini breakfast pagi ni, char kuetiau. Gara2 tengok citer Star Choice kat AFC, sedap plak diorang makan char kuetiau. Aku ni bukan boleh tengok orang makan, so aku pun nk gak makan..heheheh....
Ni resipi sendiri, takde guna sos char kuetiau atau apa2 bahan segera. Resipi dari kawan baik aku yang kerja chef kat Genting Hotel tu. Kalo buat char kuetiau, mesti pakai respi dia ni jer.. tak mo respi lain dah....Sebelum ni aku dh banyak tepek respi char kuetiau dia ni...


Bahan-bahan(ni untuk sorang makan yer)
~secekak kuetiau
~1 sudu makan pes bawang putih
~1 sudu makan pes cili (kalo suka pedas boleh letak lebih)
~1 sudu besar sos tiram*
~1/2 sudu besar minyak bijan*
~2 sudu besar sos ikan*
~ 1 sudu besar kicap pekat*
~1 sudu besar kicap cair*
~sedikit garam*
~sedikit ajinomoto*
bahan-bahan bertanda * dimasukkan ke dalam satu bekas dan dikacau sekejap (aku masuk dalam cawan kecik dan kacau)
~segengam taugeh
~3 pokok daun kucai
~isi kerang -terpulang banyak mana nak
~udang-sukati nk udang kecik atau besar
~1 biji telur
~minyak masak untuk menumis

***Cara buat pes bawang putih- bawang putih ditumbuk, kemudian rendam dalam minyak masak untuk beberapa jam

Cara-cara
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Masukkan udang, goreng sekejap dan ketepikan.
2.Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan pes cili. Kacau lagi.
3.Masukkan cecair dalam cawan tadi, dan kacau cepat2.
4.Masukkan kuetiau, kacau rata. Masa ni boleh ler masuk isi kerang. Kacau lagi.
5.Ketepikan kuetiau ke tepi dan pecahkan telur ditengah-tengah. Biar telur beku sedikit kemudian kacau rata dengan kuetiau tadi.
6.Masukkan taugeh dan daun kucai. Kacau dan siap....

* ni versi kuetiau kering, pada sapa yg nk kuetiau cara basah, masa pecahkan telur tu, masuk sedikit air, kacau dan masukkan taugeh dan kucai...

* tips : untuk menggoreng kuetiau ni, anda dinasihatkan jangan guna kuali yg kecil, Kalo boleh, guna kuali yg besar sikit(tp idak ler kawah..he,he). sebab kita nk kuetiau tu sebati dengan rempah-rempahnya dalam masa yg cepat. Kemudian, senang untuk kita ketepikan kuetiau tu ke tepi sebelum dipecahkan telur. Lagi satu, gunakan api yg besar....



p/s: Apa penyudah citer Asmaradana semalam yer? aku mengantuk sangat, pukul 10 dh tido. Sapa2 yang tengok boleh citer sikit? Apa jadi pada Amran??


2 corat coret:

Dayah berkata...

Salam Kak Norma,
Alahai perut dah menyanyi.. huhuhu
Baby sihat kak.. ^___^

Noorma Ismail berkata...

Dayah- hsi dayah !!! baby akak sihat jer, makin nakal dh..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...