Sabtu, 29 Mei 2010

Hati Masak Suri

Salam semua... hari ini tetap kena masak nasi, sbb semalam langsung tak makan nasi. Kesian plak Irfan.. Kalo ikut perut aku ngan Along, tak kisah sangat..boleh makan apa saja janji kenyang. Tapi si 'dumuk' tu, dia tetap nak makan nasi....(melainkan kalo bawak pegi McDonnal,diam ler kejap, lupa nasi tu....)


Bahan-bahan
-300gm hati lembu-potong kecil dan basuh bersih (untuk hilangkan bau hanyir, aku basuh dengan tepung gandum+garam+limau nipis)
-2 ulas bawang putih*
-3 ulas bawang merah*
-1/2 inci halia*
(semua bahan2 * ditumbuk lumat)
- 2 sudu besar cili pes
-2 sudu besar sos tiram
-1/2 sudu kecil serbuk kunyit
-1 biji bwang merah dipotong bulat
-1 biji cili merah & hijau dipotong serong
-garam dan serbuk perasa

Cara-cara
1.Tumis bahan2 yang ditumbuk hingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan cili pes dan serbuk kunyit.
3.Goreng hingga cili masak dan pecah minyak.
4.Masukkan hati, kacau sebati dengan bahan tumis tadi. Boleh tambah sedikit air.
5.Tutup sebentar dan biar hati masak (tp jangan terlalu lama, nanti liat dan tak sedap)
6. Bila dh masak (cucuk kepingan hati tu, kalo takde darah keluar tandanya dh masak laaa...) masukkan garam, serbuk perasa, bawang besar yang dipotong bulat bersama cili merah dan cili hijau.
7.Kacau dan siap !!!


Sayur taugeh kasar + tauhu.


Sambal hijau..


Ok..sampai sini dulu. Nk kemas rumah kejap, dh masak tongkang pecah ni....

1 corat coret:

fmina08 berkata...

wah!!! dah berjaya akk wat sambal ijo nih...tahniah!!!!!!!sukeeeee...
ngences ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...