Hai.... hari ini aku kembali pada rutin harian. Masak, kemas rumah dan semestinya blogging. Rumah ni dh senyap sunyi. Tinggal aku berdua jer ngan Rayyan.
Seawal 5.30 pagi dh bangun, masak dan buat itu ini. Bila sume dh keluar pegi sekolah, dan Jebat plak pegi kerja, aku dh takde mende nk buat kat rumah. So bolehlah suruh BM tu jalankan tugas. Dan inilah hasilnya. Buat roti bunga plak. Kali ni buat sikit jer adunan. Tepungnya tak sampaipun 250gm. Aku buat 125 gm jer. Sesaja nk cuba. Sebenarnya ni macam roti bun biasa jer, tp bentuknya jer lain. Selalu nampak roti ni kat bakery, tapi tak tau cara nak membuatnya.Aku tengok roti ni kat umah Kak Wan . Terima kasih yer Kak Wan !!!
Bahan-bahan
400gm tepung high protein (tpg roti)
100gm tepung low protein (tpg biasa)
70gm gula kaster
1 tsp garam halus
14gm yis segera
100gm majerin/mentega
25gm susu tepung
90ml fresh cream (tdk dipukul)
2 tsp susu pekat manis
1 biji telur gred A
170ml air
Cara-cara
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk pengisar kecuali air. Gunakan hook dan dengan speed perlahan, gaul adunan hingga rata.
2. Tukar kepada speed sederhana dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli selama 8-10 minit sehingga menjadi doh yang elastik (boleh di tarik dan tidak putus)
3. Keluarkan doh dan uli dengan tangan, bentukkan bulat dan tutup dengan mangkuk besar atau plastik. Rehatkan selama 20 minit.
4. Leperkan doh dan uli semula. Bulatkan kembali dan rehat lagi selama 15 minit.
5. Ambil doh dan timbang seberat 60gm atau saiz yang di kehendaki. Bulat2kan semula. Rehat selama 5 minit.
6. Leperkan doh dan canai untuk membuang angin. Kemudian barulah di bentuk mengikut bentuk yang di kehendaki.
7. Rehatkan doh sehingga mengembang 2 x ganda barulah di bakar pada suhu 180C di rak tengah selama 15-20 minit sehingga keperangan.
6 ulasan:
salam k norma, kat sini pun ada roti bunga ni, tadi jumpa kt umah ena..mcm meggoda2 je hati ni nk buat..
haaa...memang nk jeleskan ko pun, suruh ko cepat buat..hehehe....
Hari tu asyik dok suruh HB hadiah ira BM sempena hari ibu, tapi belum try buat roti lagi....kena cuba ni
cantik..
mcm syg pulak nak makan..
hehehehhe...
Cantik bunganya Noorma!!!
best la ada BM ni, kalau terasa nak makan roti fresh senang je suruh dia keje. kakchik suka roti bunga inti kacang hitam tu, sedap...
betul kata E-na, roti bunga noorma, cantik.
Catat Ulasan