Rabu, 5 Mei 2010

Masak Lemak Udang wif Nenas

Ni salah satu lauk hari ini. Cadangnya nk masak sambal udang ngan petai, tapi petai tarak. Jenuh cari kat pasaraya. Agaknyer musim petai dh berakhir kot....





Bahan-bahan
>udang secukupnya (aku buat dalam 25 ekor)
>1/2 biji nenas - dibuang kulit dan dipotong nipis
>20 biji cili padi -kami suka pedas
>2 biji bawang kecil
>1 inci kunyit hidup
>1/2 biji kelapa-diambil santannya
>garam, perasa
>daun kunyit-dicarik

Cara-cara
>Cili padi, bawang kecil, dan kunyit hidup ditumbuk halus.
>Masukkan ke dalam periuk bersama nenas dan santan.
>Hidupkan api, dan didihkan semua bahan2 tadi.
>Masukkan udang, perasakan dengan garam dan perasa.
>Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang dicarik, kacau dan bolehlah ditutup api.
>Siap

0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...