Isnin, 10 Mei 2010

Murtabak

Lama dh tak makan murtabak, sejak bersalin ari tuh ler..ala, baru 2 bulan, bukan lama sangat pun...

Hari jumaat lepas, ingat nk beli jer kat pasar malam, tapi asal ada jer pasar malam mesti ujan, asal ujan jer mesti ada pasar malam...aduh laa...kempunan den nk poi pasar malam... bukan apa pun, aku suka cari kuih kampung kat pasar malam spt lepat ubi,lepat pisang, talam berlauk dll. Ada sorang pakcik dari Hulu Langat tu jual, aku suka beli kuih dia, mmg sedap. Selain beli kuih, aku suka gak beli buah-buah. Tudung kat pasar malam ni pun cantik2 dan murah, especially tudung bawal, tp tiap kali aku dekat jer kat gerai tu, mesti Hang Jebat suruh cepat.. katanya kalo nk beli tudung cari jer kat kedai yang tempat cerah,banyak lampu, senang nk tgk warna. Ini kat pasar malam, warna putih jadi kelabu....ish,ish,ish...macam2 hal ler laki aku ni...




Sejak Yati Us tayang murtabak dia, aku dh tak tertahan lagi.. mesti nk buat, nk makan, nk makan, nk makan... Time kasih Yati sbb berjaya merajinkan diriku buat murtabak ni...respi ni pun copy dr umah Yati. Mintak halal yer...

Resepi Roti Canai- (Kulit Murtabak)
•4 cawan tepung gandum
•1 biji telur
•1 sudu besar susu pekat manis
•2 sudu besar marjerin
•air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cwn)
1.Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
2.Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit, masa ni kena pandai agak-agak ye.
3.Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.

4.Bulat-bulatkan dan sapu sedikit marjerin supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)

*Untuk Kuah Bawang Merah*
•1 biji bawang besar
•1 sudu besar cuka
•1 sudu besar sos cili maggi
•beberapa titik pewarna merah ( sirap)
•sedikit gula dan garam
1.Cara buat kuah bawang merah...... hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.

BAHAN2 UTK INTI MURTABAK: (Joayee@myresipi.com)
•300g mince meat
•2 bawang besar-potong dadu
•3 bawang putih-potong dadu
•4 sb rempah kari
•garam+gula secukup rasa
**1 bawang-potong nipis2
**6 biji telur-atau secukupnya

1.Tumis bawang besar, bawang putih yg di dadu. Masukkan mince meat dan rempah kari. Masukkan garam dan gula, masak hingga kering. Setelah siap, matikan api dan sejukkan.
2.Bila daging sudah suam, campurkan bahan **. kacau hingga sebati.
3.Kibarkan doh roti ( sapu minyak sedikit) atau tarik nipis2, masukkan sedikit inti, lipat dan tutup balik.
4.Goreng dgn api perlahan hingga masak.
5.Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama kuah bawang merah.


Tak sempat nk snap elok2.Aku buat 3 keping murtabak ni. Bila dh siap satu, aku letak atas pinggan, sementara tu buat murtabak lain. Masa nk tunggu murtabak ke2 masak, aku potong ler murtabak yang dh masak tadi, dan letak dalam pinggan. Tanpa aku sedar, si Irfan datang dan amik satu potong. Pas tu bawak ke depan, dh habis makan datang lagi...tak menyabar2 dia nk makan. Si Along pun sama.Aku pun apa lagi, mulalah naik angin. Orang tak sempat nk snap gambar lagi, diorang dah nak membedal, bukannyer tak bagi makan langsung...
Kesian kat diorang, aku cepat2 ler masak, pas tu potong dan letak dalam pinggan. Cepat2 snap gambar.... tu yang kelabu gambar tu..kes nk cepat, sbb anak2 dh kebulur...



1 ulasan:

Yatie berkata...

Salam Noorma, wow menarik murtabakmu itu...mesti dah abes ni...thanks ya sudi cuba..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...