Hari ini aku masak Asam Pedas Daging. Sebelum ni pernah jugak masak asam pedas daging tetel tapi tak brapa sedap, terus berhenti tak masak dah... tapi sejak kawan aku Ida dh start berblogging, dia tunjuklah cara2 dia masak asam pedas daging ni. Cara arwah mak dia masak. Orang Lendu, Melaka...(Kesian, dia baru kehilangan bonda tersayang minggu lepas..masih lagi dalam kesedihan..)
so aku pun try ler... perghhhh...memang sedap laa... start ari tu terus jatuh cinta..
Dan minggu lepas (masa mak mertua aku ada sini) aku masakkan lagi asam pedas daging ni..sebenarnya mak mertua aku pun tak pernah makan asam pedas daging, walopun dia orang melaka...so apa lagi..menantu tunjuk skill laaa...wakahkahkah....bila lagi kan...uwekk..nk termuntah korang baca entri aku ni..hahaha....
Dan keputusannya, mak mertua aku pun puji sedap...berulang2 dia makan... tersengih macam kerang busuk ler aku sehari semalam..kahkahkah.....
Ok..inilah bahan2 nk buat asam pedas daging tu.C&P kat blog Ida.
Dan kalo letak daging tetel lagi terangkat ko... (yg nk diet tu tak payah ler makan yer...) tp aku bedal gak sikit2..pas tu minum ler Natural Cleans Tea..biar keluar semua lemak2 tu balik..hehehe
BAHAN-BAHAN
-daging- ikut suka berapa banyak
-cili kering kisar
-sedikit belacan- belacan Melaka lah
-bawang merah, bawang putih, halia,kunyit idup-kisar
-air/air asam jawa
-serbuk perasa
-daun limau purut- nilah yang wanginya...tak tahan
-serai
-ubi kentang/tomato- ikut suka
-minyak untuk menumis
Cara-cara
1.panaskan minyak untuk menumis
2.gorengkan belacan seketika
3.tumiskan bahan kisar-bawang merah,putih,halia dan kunyit idup-sehingga naik bau
4.masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing
5.masukkan daging, perahan air asam jawa dan air jika mahu kuah yang lebih
6.masukkan serai yang diketuk, daun limau purut, bahan perisa
7.akhir, masukkan kentang atau tomato dan masaklah sehingga ia empuk /masak.
siap untuk dihidang!
Sayur kacang panjang goreng
Telur dadar
Lengkaplah lauk untuk hari ini.......Tapi Hang Jebat ada kursus kat Uniten, aku ngan anak2 jer lah yang makan.....
Serba sikit mengenai Ida (http://chempaka-aziz.blogspot.com)
Aku ngan Ida adalah rakan sekampus. Kami sama2 satu bac tahun 1996. Namun masa kat kampus, kami taklah serapat skang ni, almaklum ler..zaman kampus dulu aku buat hal aku jer..aku dengan pakwe2 aku jer..habis kelas terus lesap..ada jer mamat dok tunggu aku atas motor tu..lain la Ida, dia anak emas pensyarah, Puan Hasmah, kini dah jadi Datin pun..
Ida baru jer balik ke Malaysia setelah mengikut suaminya bertugas di Turkishtan beberapa tahun lepas. Biasalah kalo kerja Petronas ni, memang kena hanto sana sini. Memang seronok dapat berhijrah ke negara orang kan...
Bila dh dah balik, kami selalu la buat reunion, dari situ aku dan dia mula rapat, maklumlah, kami sama2 tak kerja. Tak seperti kengkawan lain yang ada kerjaya dan berpangkat besar..so topik kami adalah sama, MASAK... hinggalah aku ciptakan sebuah blog untuk dia, so bolehlah dia merapu kat blog tu... ok..kalo korang ada masa, jomlah terjah ke blog dia... TQ