Selasa, 21 April 2009

Kuih Ketayap @ Dadar

Hari ni cadang nk buat buah melaka. Bila dh blender daun pandan, cari tepung pulut, rupanya dh out of stok. Alamak...leceh betul kalo tengahari panas ni nk keluar pegi kedai. Laki aku offerkan diri, tp sian la pulak kat dia. Takpe, ada jalan penyelesaian. Buat kuih dadar lah. Lain kali buat buah melaka yer.

Kat dalam esbox memang dh tersedia inti kelapa. Senang kalo nk buat pau, kuih koci, dll. Cuma rajin dan malas jer nk membuatnyer kan,kan !!


Bahan-bahan
utk kulit
>1 cawan tepung gandum
>2 biji telur
>2 helai daun pandan
>1 1/2 cawan santan/susu cair
>1 1/2 sudu kecil garam
>2 sudu besar minyak masak
>Beberapa titik pewarna hijau

utk inti
>1/2 biji kelapa parut
>3/4 cawan gula merah
>1/4 cawan gula pasir
>1 helai daun pandan
>isi durian (kalo suka)
*sapa tak suka manis, boleh kurangkan gula

Cara-cara
untuk inti
Masukkan kelapa parut, gula pasir,gula merah dan isi durian tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

Untuk kulit
1.Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan tekan on,bila dh halus dikisar, tapis dan ambil patinya.
2.Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan&pandan tadi
3.Kacau sehingga sebati .
4.Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi.
5.Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat.
6.Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama.
7.Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.

0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...