Rabu, 8 April 2009

Asam Pedas Keladi

Maaflah kengkawan, tak dapat nk update blog macam biasa, tak brapa sihat la...hari ni baru ok sikit, demam urat-sebabnya banyak buat kerja kot..Dan hari ni pun masih sibuk lagi. Tu baru jer kontraktor pendawaian telekom balik, sebabnyer telefon kat umah aku ni dh 2 hari tak berbunyi...dia check, katanya wayar telefon rumah masuk air, dia potong sikit, sambung balik..dh kena bayar rm25. Sabo jer lah aku. Senang sungguh orang nk cari duit zaman skang ni kan...sbb tu lah kena pandai segalanya....
Lepas ni, aku nk pegi shah alam plak, tengok mak aku. Si along pun aku cutikan dia hari ni. Lepas tu kena cepat balik, sbb kontraktor nk sambung kerja pasang tiles sebelah petang membawak ke malam...esok lusa siaplah rumah aku ni..nanti aku letak gambo yer...huh..penat sunguh, ke hulu, ke hilir... sampai sini dulu yer...bye.....


****************************



Ni menu untuk hari ini. Kalo buat lauk ni, mesti teringat citer bawang putih bawang merah tu... "Nasi melukut, hai dengan sayur keladi, buat bondaku dipagi hari !!! " Yang ni pun aku buat nk hantar kat mak aku di Shah Alam, tp mak aku idak ler jadi ikan kaloi...ha,ha,ha.......



Bahan-bahan
~keladi -dibersihkan, dan diambil batang dan isi-dicelur dengan air panas, dan toskan
~bawang merah*
~belacan*
~cili kering *
~serbuk kunyit*
~sedikit ketumbar biji*
~garam
~perasa
~daun kesom
~bunga kantan
~sedikit ikan bilis

Cara-cara
1.Bahan-bahan bertanda * ditumbuk atau blender hingga lumat.
2.Masukkan dalam periuk
3.Letak sedikit air, masukkan ikan bilis, bunga kantan dan daun kesum. Rebus hingga mendidih.
4.Masukkan batang keladi yang dh direbus tadi.
5.Tambah air, letak garam dan perasa.
6.Biar mendidih, dan siap
* Ikan bilis boleh diganti dengan isi ikan masin.







3 corat coret:

CikMin berkata...

nooma....sedapnyer....

Datin El berkata...

noorma..nampak je asam rebus keladi ni je terus kita singgah kalau ada ikan masin n sambal belacan pergh..terangkat beb..

Noorma berkata...

CikMin, sedap kan...tp my hubby tak makan ler..dia kata ni lauk orang sakit (sbb takde minyak)

Datin El- betul tu datin, takyah lauk ayam pun takpe...makan plak tepi sawah, dekat tali air.. (eh, apa yg aku merepek ni..!! ) ha,ha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...